Monday, March 25, 2013

Hakim kali ini Lebih Adil Memerintahkan Anwar Bayar RM3,000 Kepada Hamzah


Mahkamah Tinggi di sini hari ini dilihat lebih adil berbanding dengan perbicaraan yang terdahulu apabila memerintahkan Anwar Ibrahim membayar RM3,000 kepada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainuddin ekoran penangguhan kes saman fitnah RM10 juta yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, pada saat akhir.


Hakim Rosilah Yop yang bertegas mahu mendengar perbicaraan tersebut bagaimanapun membenarkan penangguhan yang dikemukakan oleh Anwar yang berada di Sabah melalui peguam R. Sivarasa yang mewakilinya.

Pada 22 Ogos 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Hamzah yang ketika itu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana dakwaan mengeluarkan kata-kata fitnah dan disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Jit Poh bertarikh 19 Ogos 2008, dalam artikel bertajuk Anwar Harassed My Wife.

Mahkamah menetapkan 2 Mei depan untuk mendengar perbicaraan itu.


hakim Rosilah Yop dilihat lebih tegas dengan kerenah Anwar dan peguam kaki kelentongnya apabila tidak membiarkan sedikit pun ruang bagi mereka untuk menghina Mahkamah.

Berbanding dengan Hakim terdahulu yang membicarakan kes Liwat menyaksikan Anwar bersama skuad peguamnya berjaya menghina mahkamah apabila berjaya menangguh kes lebih daripada 10 kali.

Rakyat sewajarnya mengambil iktibar kemenangan Anwar bagi kes samannya yang lau bukan disebabkan Anwar betul tetapi skuad peguamnya dapat menipu dalam perbicaraan.

Peguam-peguam yang menghadapi kes saman Anwar perlu berhati-hati dengan taktik kotor mereka bukan sahaj diluar malah dalam mahkamah pun mereka permainkan.

4 comments:

  1. Kalau diamati dengan teliti kita boleh lihat bahawa anwar sebenarnya takut nak ke mahkamah! Tengok setiap kes beliau.... Ada saja alasan untuk penangguhan. Sebagai manusia biasa, kalau kita tidak bersalah maka secara logiknya kita hendak segera menyelesaikan kes-kes kita, tetapi tidak pulak dengan ketua pembengkang ni. Sengaja dilambat-lambatkan pula.


    http://mycybertrooper.net.ms

    ReplyDelete
  2. Dia dan kuncu-kuncunya selalu buat perangai dalam mahkamah dan ini membuatkan ramai hakim yang keliru

    ReplyDelete
  3. cehh bayar sbb tangguh kes je ke?..igt menang td...3k je?...hahaha..DSAI menang ngan Utusex pun berpuluh juta....tau tak?..tak tau?...ptt laa..hahaha

    ReplyDelete
  4. Banyak kes yg rakyat perlu tahu tentang Anwar dan kes2 perbicaraannya.

    1. Anwar berani menyaman seseorang dgn mudah. Petik hujung jari je. Saman bukan sikit2, sampai RM100 juta. Bukan sorang tapi ramai yg dia saman dgn jumlah yg besar2. Mana dia dpt duit byk2 tu? Rakyat perlu fikir dan bongkar!!!

    2. Semua peguam2 dia adalah terdiri drpd peguam2 putar belit alam yg juga ahli politik pembangkang. Kenapa x amik peguam2 yg betul2 ada integriti & bebas dr unsur2 politik? Takut terbongkar segala rahsia? Sudah tiba masanya kerajaan buat satu polisi baru bahawa pekerja2 institusi kehakiman tidak boleh terlibat dlm politik! Rakyat perlu fikir dan bongkar!!!

    3. Siapa yg bayar peguam2 anwar yg ramai2 tu? Sudah tentu ada yg biayai. Kalau tidak, ingat senang2 ke peguam2 nk bela org bersalah? Kalau kita rakyat marhain yg didakwa, ingat peguam nk offer diri ke nk bela kita kalau kita ni sengkek? Jgn haraplah!! Siapa yg biaya peguam2 anwar? Rakyat perlu fikir dan bongkar!!!

    4. Dalam perbicaraan kes liwat dia, lebih 60 kali penangguhan dibuat. Semuanya atas tipu helah peguam2 dia. Kalau ikut kes di mahkamah,semakin lama sesuatu kes ditangguh oleh yg didakwa, selama itulah dia terpaksa tanggung kos peguam2. Jadi persoalannya di sini, siapa yg biaya kos guaman anwar yg mencecah jutaan ringgit. Kenapa anwar berani tangguh? Sbb dia ada dana & tangan2 ghaib di belakang dia. Rakyat perlu fikir dan bongkar!!!

    5. Kes liwat dia dulu bukan kerajaan yg dedahkan dan bukan konspirasi UMNO @ kerajaan. Malah Dr M ketika tu hangin & marah dgn berita2 yg cuba dikaitkan dgn anwar (masa timbalan Dr M). Nampak? Siapa yg gatal mulut & sakit hati dgn anwar dulu? X lain & x bukan, Karpal Singh. Dia manusia pertama di Malaysia ni yg dedahkan topeng sebenar anwar. Dalam parlimen lagi!! Tp apa jadi skrg? Spt pemimpin2 haprak PR yg lain, dia spin bukan 90darjah, bukan 180 darjah tapi 360 darjah!!!! Sungguh dramatik! Dia plk yg sokong & bela anwar. Sbb apa? Sbb anwar bayar Karpal juta2 ke? He he...Rakyat perlu fikir dan bongkar!!! Siapa yg buat konspirasi skrg? kerajaan @ Karpal (DAP)?

    Itu sebahagian aje. Baru 10%. Ada byk kes misteri yg rakyat sama2 kena bongkar. Bongkar, jgn x bongkar!!! Lg cepat lg bagus!! Dh x sanggup mengadap manusia2 yg 100% menyalahkan kerajaan, x berterima kasih & bersyukur atau lebih tepat manusia2 yg gila kuasa!

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.