Tuesday, March 26, 2013

Husam Tarik Balik Saman Terhadap Papagomo


Exco kanan kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa hari ini menarik balik saman fitnah RM10 juta yang dikemukakan terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris yang didakwa pemilik laman blog Papa Gomo pada tahun lalu.

Saman tersebut dikemukakan berkaitan penyiaran artikel bertajuk Gambar eksklusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll dalam blog berkenaan pada 6 Disember 2011.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri menarik balik saman tersebut dengan kebebasan untuk memfailkan semula tuntutan itu ketika perbicaraan penuh kes itu yang bermula hari ini di Mahkamah Tinggi di sini.

Permohonan tersebut dibuat di hadapan Hakim Datuk Yazid Mustafa selepas mahkamah ditangguhkan selama 15 minit ketika pemeriksaan balas terhadap Husam oleh peguam Jasbeer Singh Kaura yang mewakili Wan Muhammad Azri.

3 comments:

  1. bila masa pula dia tarik....

    ReplyDelete
  2. dia taik balik than nak submit baru dengan avidence baru...

    ReplyDelete
  3. yeke nak submit baru ker dah tak ada evidence nak di beri pada mahkamah

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.