Wednesday, March 27, 2013

Isu Cubaan Bunuh Tun Mahathir oleh ahli Pas adalah Benar - Pengerusi Bernama



Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) pada tahun 1984 pernah melaporkan tentang kumpulan ekstremis Pas yang diwujudkan untuk membunuh perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman.


Bagaimana Mustaffa Ali kata isu itu mengarut dan tidak pernah terjadi dan kata Mustaffa lagi menyifatkan cubaan Zainon dan beberapa media membangkitkan semula isu 30 tahun lalu itu kerana sudah menjadi "alat Umno", beliau bagaimanapun meminta polis segera menyiasat kerana isu bunuh bukan perkara main-main.

"Ini 'rubbish'. Patut polis siasat dia (Zainon). Dia mengaku dia hendak bunuh (Dr) Mahathir. Pengakuan hendak bunuh orang ini berat," ujar Mustafa

Abdul Rahman yang bertugas sebagai pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri Bernama ketika laporan itu disiarkan berkata maklumat bagi penghasilan laporan khas bertarikh 11 September 1984 nukilan wartawan Bernama itu diperoleh daripada sumber risikan agensi berita itu sendiri.

"Bernama dapat mengesan ancaman terhadap Dr Mahathir itu lebih awal daripada pembunuhan yang dirancang ingin dilakukan pada 1988," katanya kepada Bernama.

Pada Isnin lepas, bekas anggota Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau nama penanya CN Afghani yang juga penulis buku 'Kafirkah Aku?' dilaporkan berhasrat menemui Dr Mahathir untuk meminta maaf kerana merancang membunuh bekas perdana menteri itu pada 1988.

Bernama dalam laporan lain bertarikh 14 September 1984 menyiarkan reaksi Dr Mahathir terhadap ancaman itu, yang beliau telah mendapat tahu ura-ura Pas menubuhkan kumpulan untuk membunuh pemimpin Umno, namun menegaskan tidak mempunyai bukti tentang perkara itu.

Laporan khas pada 11 September itu juga mendakwa seorang daripada pemimpin Pas Kedah dikatakan pernah memberikan senarai lima tokoh Umno yang harus dibunuh demi menegakkan hukum Islam di negara ini.

Ditanya adakah isu ini ditimbulkan semula bagi meraih kepentingan politik, Abdul Rahman berkata setiap orang punya pendapat masing-masing, namun mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak memandang enteng tentang hal keselamatan negara.

"Dulu masa awal tragedi di Lahad Datu ada pihak yang tidak begitu memandang serius, malah ada individu yang menuduh ini permainan politik. Tetapi bila ia mengorbankan nyawa anggota keselamatan kita, baru semua orang pandang serius.

"Generasi kita sekarang tidak mengalami situasi yang dialami generasi terdahulu seperti ancaman komunis, mungkin kerana itu mereka kurang waspada tentang perkara seperti ini. Apapun masyarakat diharap tidak memandang remeh perkara sebegini," katanya.

Mengulas reaksi Dr Mahathir dalam laporan itu yang menyebut perjuangan Pas menjadi berbahaya setelah menukar kepimpinan, Abdul Rahman berkata kenyataan itu berasas kerana adanya pemimpin muda Pas seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini presiden Pas, juga pengasas pendapat ekstremis 'Amanat Haji Hadi'.

"Abdul Hadi ketika itu pemimpin muda Pas yang punya pengikut sendiri terutama dalam kalangan golongan muda. Beliau seorang pemidato yang berani, membuatkan ramai yang terpengaruh," katanya.

Elok juga pihak Polis membuka kertas siasatan kembali dan heret semua pemimpin Pas yang terlibat dalam cubaan membunuh Tun Mahathir.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.