Thursday, March 14, 2013

Jacel Kiram anak kepada Jamalul Kiram Minta Pengganas Sulu Jangan Serah Diri



Jacel Kiram, iaitu anak perempuan ketua kumpulan penceroboh Sulu di Lahad Datu, Jamalul Kiram III, muncul dengan akaun Twitter rasminya semalam.

Jacel telah memulakan salam perkenalannya dengan mengesahkan ketulenan akaunnya.

Twitnya yang kedua pula mengucapkan kata-kata semangat kepada ayahnya.


Dalam masa sejam, akaun Twitter-nya telah mencecah lebih 1,500 pengikut yang kebanyakannya rakyat Malaysia.

Dalam salah satu twit, Fatin Nadia telah memberitahu Jacel supaya menyuruh abang-abangnya pulang ke Filipina.

Jacel bagaimanapun telah membalasnya dengan meminta kerajaan Malaysia ‘memulangkan’ kembali tanah yang didakwa kononnya kepunyaan mereka.


Dalam satu lagi balasan tuit kepada Geminianeyes, Jacel sekali lagi telah mendakwa kononnya Sabah bukanlah milik Malaysia.


Jacel berdiri teguh di belakang ayahnya tentang tuntutan puak Kiram terhadap Sabah dan menegaskan bahawa menyerah diri bukanlah pilihan bagi bapa saudaranya, Agbimuddin Kiram dan tentera pengganasnya.

Dalam sebuah laporan ABS-CBN, anak perempuan Kiram itu masih mengharapkan penyelesaian secara aman, meskipun berdegil tidak akan ‘menyerahkan’ Sabah.

“Kami tegas dengan pendirian tidak akan menyerah diri,” katanya kepada laporan portal berita tersebut.

Sementara itu kerajaan Malaysia sekeras-kerasnya menolak dakwaan media Filipina kononnya berlaku pencabulan hak asasi manusia terhadap warga Filipina semasa operasi mengusir pengganas Sulu di Sabah baru-baru ini.

Kementerian Luar, dalam kenyataan malam ini berkata, dakwaan yang disiarkan oleh akhbar Inquirer pada 9 dan 10 Mac lepas didapati tidak mempunyai bukti dan justifikasi serta bercanggah dengan amalan kewartawanan profesional.

"Dakwaan yang dilaporkan itu adalah rekaan pembohongan oleh mereka yang berniat merosakkan serta menimbulkan ketegangan hubungan baik dan erat antara Malaysia dan Filipina," katanya.

Akhbar itu mendakwa pasukan keselamatan negara bertindak kejam dengan menyasarkan warga Filipina keturunan Suluk dan Tausug di Sabah berikutan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna.

Kenyataan itu menyebut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, yang terbabit dalam operasi itu, telah menafikan dakwaan itu dan perkara itu turut disahkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Kementerian itu berkata, kerajaan Malaysia memberi jaminan bahawa pihak berkuasa akan terus bertindak mengikut undang-undang dalam negara dan antarabangsa dalam melaksanakan tanggungjawab dalam menghadapi pengganas bersenjata dari selatan Filipina itu.

"Tidak perlu diingatkan bahawa kumpulan pengganas itu telah melakukan tindakan keganasan dengan pembunuhan kejam dan kekejaman di Lahad Datu dan Semporna," katanya.

Kenyataan itu menyebut, langkah perlu akan diambil bagi memastikan keperluan kemanusiaan semua orang awam di kawasan berkenaan akan ditangani sepenuhnya.

Pihak berkuasa Malaysia, dengan sokongan padu semua rakyat Malaysia, akan kekal berdiri teguh dalam usaha melindungi keamanan dan keselamatan serta mempertahankan kedaulatan negara, katanya.

7 comments:

Anonymous said...

menitis air mata tengok jenazah-jenazah perwira yang dibawa pulang.. my heart goes for them..

Anonymous said...

Tersentuh dengan pengorbanan perwira kita...jom sokong kerajaan

Anonymous said...

WADUUUUUH...........listen listen listen...read read read kesiiiiaaannnn...

kesian aku ngan jacel @ jakel kiram lanun tu. Sah sah dah kemaruk nak jadi putri raja. tengok baju dia pun dah siap ready warna kuning posing untuk twitter dia. sadis...... Kesiiiiaaaannnnnn......Meroyan ataupun dah menopause tu sebab dia jadi camtu.

Suruh kita Msia baca sejarah. Hai, nasib baik aku Sejarah dapat A+ Jadi aku tak takut ngan kau putri katak. Sabah dah maju kau baru teringat nak tuntut ikut sejarah??? Hmmm.....sah2 dia dah kemaruk nak bagi bapak tua bangka dia duk takhta sebelum bapak dia mati. Takut kempunan.......Mana taknya, mereka sebenarnya dah merempat kat filipina tu......kesiiiiaaaannnnnnnnnnnnnnnnn.

Baik kau suruh bapak kau bertaubat cepat sebelum dia masuk dalam tanah tu jacel oiii....

Jakel - gedung hebat.
jacel - betina keparat

Anonymous said...

mana dpt duit tiba2 hidup mewah dari miskin , ada laptop
musykil, lagi lama ligi duit masyuk , kata2 dia ALL FOR MONEY DROPS!!

Anonymous said...

Aku sebagai warga Sabah tidak akan membiarkan seinci pun tanah di Sabah dimiliki oleh pengganas ini

Anonymous said...

Buka twitter akaun berinteraksi la dengan 'puteri' Republic Filipina :)

Anonymous said...

Orng dh lama ada twiter,jakel baru skarang ada, pasal nak ambil sabah,jngan2 computer pinjam hahahahahaha,

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.