Tuesday, March 12, 2013

Jeneral Musa bekas orang Kanan Nur Misuari dan pernah berjumpa Anwar Ibrahim


Jeneral Musa adalah bekas orang kanan Ketua MNLF (Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro) Nur Misuari yang dikenali sebagai Jeneral Musa yang terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu, Khamis lalu.


Haji Musa Abdullah atau Jeneral Musa dipercayai sosok utama di sebalik peristiwa pencerobohan Sabah, ditembak mati di Lahad Datu lima hari yang lalu.

Beliau pernah berjumpa dengan Anwar Ibrahim sebanyak dua kali ketika menemani Nur Misuari.

Musa, salah seorang daripada dua anggota yang direkrut Jabidah, juga merupakan antara 13 penduduk Kampung Simunul yang mendarat di Lahad Datu dengan 200 bala tentera mereka bulan lepas.

Walaupun Raja Muda Agbimuddin Kiram (pewaris Kesultanan Sulu) dipercayai pemimpin pengganas di Sabah, tetapi sebenarnya dialah orang sama yang merangka perancangan di sebalik pencerobohan di Sabah, kata penduduk Kampung Simunul kepada Rappler, sebuah portal berita dalam talian yang berpangkalan di Filipina.

Dalam portal berita itu, artikel bertajuk "Jabidah recruits plotted standoff ", melaporkan bahawa Musa telah menghidupkan semula Oplan Merdeka secara rahsia.

Oplan Merdeka adalah sebuah operasi yang dibentuk oleh angkatan tentera Marcos untuk menghantar rekrut beragama Islam untuk menyerang Sabah pada tahun 1968. Operasi itu kemudiannya dimansuhkan.

Musa, timbalan ketua Angkatan Kesultanan Diraja (RSF), satu pangkat di bawah Raja Muda merupakan seorang pemimpin yang lebih berada di barisan depan berbanding Agbimuddin.

Akmad Ibnohasim, ahli RSF yang tidak menyertai pencerobohan Sabah berkata, Agbimuddin jarang melawat kem mereka walaupun terletak hanya satu kilometer dari rumahnya.

Beliau berkata, Musa yang telah mengajar mereka peraturan tentera.

"Dia (Musa) mengajar kami perancangan tertentu, memberi taklimat kepada kami tentang kaedah-kaedah dan peraturan ketenteraan, bagaimana untuk melakukan tugas sebagai tentera dan bagaimana untuk mengikuti undang-undang ketenteraan," tambah Ibnohasim.

Rappler melaporkan, Musa hidup sebagai pesara sehingga bulan lepas dan sempat mengucapkan "selamat tinggal" kepada isterinya sebelum berangkat ke Sabah.

2 comments:

  1. Apa yang di ajar oleh Musa tu. Melakukan tugas sebagai tentera dan bagaimana untuk mengikuti undang-undang ketenteraan. Tapi apa yang dah jadi. Ada ke patut tentera kita yang di tembak di cungkil mata, di sembelih, di potong kepala dan di belah perut. Ini kah yang di katakan mengikuti undang-undang ketenteraan. Huh.... korang memang patut di hapuskan dari bumi Sabah. Tidak ada belas lagi di beri pada mu.

    ReplyDelete
  2. Wahai orang yg bernama hj musa'aku berdoa mohon kepad Allah mudahan kw dan pengikutmu
    yg dtg knegeri kami dan mati dsini mendapat siksaan kubur yg paling dasyat kerana kw dan org2mu menyiksa kami org sabah yg cinta keamanan..anak2 kami xdpt skola dan mengaji kerana kerakusan dan ketamakanmu.. AMIN YA ALLAH

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.