Friday, March 15, 2013

Kami lebih berminat untuk membantu Menteri Besar Bukan Menjadi Menteri Besar - Zahid Hamidi


Isu Siapa yang bakal menjadi Menteri Besar Perak terus menjadi tajuk isu di negeri Perak entah siapa yang membawa kita pun tak tahu samada pembangkang atau individu tertentu yang suka BN negeri Perak hancur.

Naib presiden Umno, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan mengekalkan jawatannya sekiranya mempertahankan pentadbiran di negeri itu pada Pilihan Raya ke-13.

Terdapat usaha-usaha untuk melaga-lagakan pemimpin Umno di negeri seperti Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Nazri Aziz itu dengan menyatakan kononnya Datuk Zambry tidak sesuai untuk memegang jawatan sebagai Menteri Besar Perak.

“Ketiga-tiga kami tidak berminat langsung untuk menjadi Menteri Besar kerana kami lebih berminat untuk membantu Menteri Besar,” kata Ahmad Zahid.

Jelasnya apa yang lebih penting adalah tumpuan gerak kerja bagi memastikan pentadbiran Barisan Nasional (BN) di Perak dikekalkan.


Jika BN menang semua akan memperolehi faedahnya tetapi jika BN tewas semua yang ada akan hilang sekelip mata, oleh itu semua pemimpin perlu kerja kuat untuk memenangi BN bukannya membuat spekulasi yang tidak mendatangkan faedah.

Sebelum ini, beberapa portal dan blog telah membangkitkan isu calon MB Perak dimana akan berlakunya pertembungan kuasa di antara Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

4 comments:

  1. jawapan yg tepat!!!!!!!!!!usah beri jawapan berpusing-pusing susah rakyat nak faham!

    ReplyDelete
  2. Rakyat mana yang tak faham?

    ReplyDelete
  3. Sekarang bukan masa untuk rebut jawatan.MB sekarang menjalankan t/jawabnya amat cemerlang sekali.Syabas pemimpin BN Perak tidak melatah dgn adu dumba pihak pembangkang. Rakyat Perak harus bersatu hati menghancur impian PR untuk perintah Perak. Cukup apa yang terjadi selama 11 bulan dulu. Jadikan peristiwa itu satu pengajaran.
    HIDUP BN HIDUP UMNO.

    CIKGU PENCEN
    MALIM NAWAR

    ReplyDelete
  4. Ini semua kerja orang disekeliling MB yang terlalu takut jawatan mereka akan hilang

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.