Monday, March 4, 2013

Keadaan Di Semporna Ketika Ini Sepi Macam 'Perintah Berkurung'

Keadaan di pekan Semporna ketika ini cukup sepi apabila stesen minyak pekan Semporna ditutup lebih awal untuk mengelakkan dari kejadian yang tidak diingini.


Hanya Maybank ATM Machine yang masih beroperasi seperti biasa untuk membolehkan pengguna mengeluarkan wang.

Pelancong luar yang tak tahu hendak tuju ke mana ekoran kebanyakan pusat selam skuba menutup operasinya lebih awal. Manakala pusat-pusat hiburan tidak dibuka sama-sekali



Keadaan lengang di pekan Semporna

Ini termasuk stesen minyak dan pasaraya Milimewa yang ditutup awal. Tidak dapat dipastikan kenapa keadaan ini berlaku kemungkinan disebabkan insiden pertempuran penceroboh dan pasukan keselamatan di Kampung Simunul yang mengorbankan enam anggota keselamatan Malaysia


Gambar-gambar dari Utusan Online

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.