By Sungai Rapat
on
Sunday, March 3, 2013
with
1 comment
Semakin lama mereka bertapak di Lahat Datu semakin banyak akan mereka bunuh. Penceroboh dibiarkan bergerak jauh dari kawasan yang dikepong sehingga ke Semporna Sabah. Kerajaan sewajarnya melakukan tidakan lebih drastik bagi memastikan kenteteraman rakyat negeri Negeri Sabah dalam keadaan terkawal. Penceroboh juga sentiasa mendapat bekalan makanan yang secukupnya dari pengikut Sultan Sulu yang ada di sekitar Lahat Datu. kekuatan mereka semakin hari semakin bertambah kerana mendapat sokongan rakyat tempatan yang berbangsa Sulu. Ancaman tentera Kesultanan Sulu ke atas keselamatan negara semakin memuncak apabila kumpulan bersenjata tersebut melancarkan dua serangan terancang di Kampung Simunul, kira-kira tiga kilometer dari bandar Semporna.
Keadaan terkini pada malam ini tegang apabila pertempuran tercetus mengakibatkan dua anggota polis terbunuh dan dua cedera parah.
Sekumpulan lagi anggota dari Unit Cawangan Khas yang sedang melakukan intipan di kampung itu dikepung kumpulan bersenjata tersebut selepas berlaku pertempuran.
Dalam serangan pertama pada pukul 7.30 malam dua anggota polis yang sedang meronda di kawasan berdekatan Balai Polis Kampung Simunul diserang secara hendap menyebabkan seorang maut dan seorang lagi cedera.
POST COMMENT
1 comments:
Penceroboh "di biarkan" bergerak ?? Atau sememang nya "di gerakkan" ke kawasan sejak sekian lama...Hanya tunggu signal untuk aktif ??
Post a Comment