Tuesday, March 19, 2013

Kereta Kebal Ringan Mula Beroperasi di Lahat Datu



Anggota tentera menggunakan kereta kebal Adnan untuk melakukan rondaan di Felda Sahabat bagi mengesan saki-baki pengganas dari Selatan Filipina yang masih bersembunyi di sekitar Kampung Tanjung Batu, dekat sini hari ini.


Dengan adanya kereta kebal jenis ringan ini kawasan yang berlumpur dan berpaya boleh dimasuki olehnya bagi menjejaki pengganas Kiram yang masih bersembunyi di kawasan Tanjung Batu.

Sementara itu sebagai pekan di sempadan antara Sarawak, Sabah dan Brunei yang sentiasa sibuk, keadaan di Lawas, khususnya dari segi keselamatan, tentu sekali menjadi perhatian banyak pihak.

Kedudukannya di hujung bahagian timur laut Sarawak iaitu antara daerah Temburong di Brunei dan Sabah, menyebabkan Lawas seolah-olah tersisih daripada bahagian lain di negeri ini. Malah, pekan ini lebih mudah dikunjungi dari Kota Kinabalu iaitu kira-kira tiga jam perjalanan dengan kenderaan darat.

Penduduk tempatan kelihatan menjalani kegiatan harian seperti biasa kerana mereka berasa selamat dan yakin dengan langkah yang diambil pihak berkuasa untuk mengelak berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini di Lawas.

Keyakinan orang ramai tentang keadaan keselamatan di sini terbukti apabila mereka beramai-ramai mengunjungi Karnival Jalur Lebar 1Malaysia 2013 selama dua hari anjuran bersama pelbagai agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Taman Umum Lawas, hujung minggu lepas.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.