Wednesday, March 27, 2013

Kita Masuk pembangkang Sebab Nak pancing Undi, jika Tidak buat apa masuk


Bob Lokman dalam Wacana bertajuk Artis masuk Politik kredibiliti atau Pancing Undi berkata "kita masuk politik pembangkang sebab nak pancing undi itu sahaja jika tidak buat apa masuk",kata Bob Lokman


Penerbit dan Pengarah Filem, Datin Paduka Shuhaimi Baba berkata, artis mampu memainkan peranan dalam mengimbangi arus politik yang disifatkan penuh kebencian.

"Keutamaan politik hari ini adalah kebencian dan menjadi tanggungjawab kita semua untuk menghapuskan sifat itu.

"Saya melihat artis boleh memainkan peranan mereka dalam meredakan perasaan itu supaya politik itu lebih dihormati," katanya semasa berhujah dalam wacana bertajuk Artis ‘Masuk Politik: Kredibiliti Atau Pancing Undi’ yang diadakan di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini, pada Selasa.

Selain Shuhaimi, wacana itu turut dibarisi panel iaitu Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi serta dua orang artis yang telah menyertai Pas iaitu Bob Lokman dan Hairie Othman.

Dekan fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM, Prof Madya A. Razak Mohaideen bertindak sebagai moderator.

Perdebatan dalam wacana itu hangat apabila semua pihak lantang meluahkan hujahan tentang topik yang diperkatakan.

Wacana yang berlangsung selama satu jam turut menyentuh pelbagai perkara di luar tajuk perbincangan.

Antara perkara yang disentuh seperti soal hukum agama Islam seseorang bergelar pelakon dan perdebatan tentang cara sesebuah parti politik berfungsi selain isu-isu semasa yang lain.

Bagaimanapun, kesemua ahli panel senada apabila menganggap tidak menjadi kesalahan bagi seseorang artis untuk menyertai mana-mana parti politik namun perlu mengetahui hak dan tanggungjawab supaya dapat menjadi seorang yang berkredibiliti tinggi.

Hairie yang mewakili parti pembangkang berkata pentas politik semakin terbuka pada ketika ini apabila ramai artis diberi peluang untuk ke hadapan dan membantu dari segi kempen sesebuah parti itu.

Dalam pada itu, Bob berpendapat juga seseorang artis itu mempunyai kredibiliti untuk memancing undi dan mengakui golongan artis adalah 'umpan' untuk menarik masyarakat menyokong sesebuah parti samada parti itu betul atau tidak tak kisah.

Bagaimanapun pandangan itu disangkal oleh Zed yang memberitahu artis yang terlibat dalam dunia politik perlu lebih berani dan tidak hanya sekadar berdiri tanpa melakukan apa-apa.

Sementara itu, antara topik yang turut disentuh mengenai bayaran diberikan artis untuk menyertai politik yang kesemuanya mempunyai ideologi tersendiri mengenai isu itu.

Shuhaimi dalam responsnya memberitahu perkara itu adalah baik kerana bayaran tersebut sesuai dengan tenaga yang telah diberikan oleh seseorang artis tersebut.

Hairie pula menyentuh tentang dana pakatan rakyat yang tidak sehebat kerajaan tetapi dengan kutipan daripada rakyat yang datang mendengar kadang-kadang mencecah RM2000.00 yang dibayar kepada kami, kata Hairie

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.