Monday, March 11, 2013

Komander Musa Yang Penuh Dengan Ilmu Kebal Akhirnya Turut Terkorban


Satu daripada 18 mayat pengganas Sulu yang dihantar ke Hospital Lahad Datu , dipercayai Komander Musa yang mengetuai kumpulan tersebut.


Komander Musa memiliki ilmu kebal yang cikup handal dan difahamkan setiap tembakan tidak sedikit pun mampu menjejeskan badannya. Tetapi akhirnya pihak keselamatan mengesahkan bahawa Komander Musa turut terkorban bersama 18 pengganas yang lain.

Ketua Forensik Ops Daulat, ASP Hussien Omar Khan memberitahu, rupa mayat tersebut seperti wajah Jeneral itu.

Jelasnya mayat yang dibawa keluar dari kampung Tanjung Batu di Felda Sahabat itu, telah reput dan proses bedah siasat akan dibuat pakar patologi dari Hospital Pulau Pinang.

Musa, yang mengetuai kumpulan pengganas Sulu dikatakan melarikan diri dari Kampung Tanduo dan memasuki Kampung Tanjung Batu sebelum terbunuh dalam pertempuran yang turut menyaksikan 31 yang lain maut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supt Shamsudin Mat memaklumkan, sembahyang jenazah akan diadakan untuk pengganas yang terbunuh pada satu tarikh yang akan ditetapkan.


Sementara itu selepas Operasi Daulat memasuki hari ke-7, polis mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.

Pasukan keselamatan kini memberi tumpuan untuk membanteras penceroboh militan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

Jumlah pengganas yang berjaya ditembak mati setakat ini ialah 54 orang manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas militan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Bermula 8 Mac 2013 pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh militan itu yang diikuti dengan operasi susulan dan penggeledahan bagi memburu mereka.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di sini, Hamza berkata 22 mayat pengganas militan telah dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Hamza turut membenarkan wartawan mengambil gambar mayat-mayat pengganas militan itu bagi menepis dakwaan pihak tertentu yang mempersoalkan jumlah pengganas yang terbunuh.

Ditanya mengenai laporan akhbar berbahasa Inggeris pada Isnin bahawa Azzimuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan itu, berjaya melarikan diri dalam operasi pasukan keselamatan di Semporna, Hamza dengan tegas menolak dakwaan berkenaan.

"Kalau saya tahu dia di Semporna sudah lama saya tangkap," katanya.

Beliau turut menafikan laporan bahawa pasukan keselamatan menggunakan kekerasan terhadap masyarakat pendatang dari Sulu.

"Saya nafikan sekeras-kerasnya. Sehingga kini tiada laporan polis diterima mengenai keganasan yang dilakukan pihak keselamatan," katanya.

Beliau berkata kejadian pada Ahad yang menyebabkan seorang lelaki cedera dan seorang remaja lelaki maut berlaku hampir dengan rumah yang menjadi sasaran pasukan keselamatan.

"Orang kampung biasa semuanya telah dipindahkan," katanya.

Sejak krisis pencerobohan lapan anggota polis terkorban dalam serangan pengganas iaitu dua di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam di Semporna pada 2 Mac

2 comments:

  1. Yang lain2 tu sembunyi kat atas pokok pokok kelapa sawit

    ReplyDelete
  2. dah bunuh sesama Islam takkan kebal tu jadi. Lain lah kebal setan

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.