Monday, March 4, 2013

KPN Enggan Ulas Isu penahanan Polis Wanita Kerana dikatakan tidak benar

  • KPN enggan ulas isu penahanan Polis oleh puak pemberontak kerana dikatakan berita itu tidak benar dan beliau juga tidak mengulas mengenai anggota polis disembelih di Semporna kerana belum melihat laporan bedah siasat.
  • KPN kata pergerakan pasukan keselamatan sekarang secara strategik.
  • Panglima Angkatan Tentera berkata tambahan anggota untuk beri keyakinan kepada rakyat Sabah.
  • Kehadiran tentera di Sabah tingkatkan lagi semangat pasukan keselamatan.
  • Banyak khabar angin jadi perlu disahkan, kata KPN.
  • Walaupun polis terkorban tetapi penceroboh lebih ramai terbunuh.
  • Tidak ada perintah berkurung di Sabah kata KPN
  • Selesai sidang akhbar Ketua Polis Negara dan ketika ini tersebar khabar angin terdapat 60 tentera Sulu 4km dari Kampung Tanduo telah dikesan oleh penduduk kampung.
  • Sementara itu sejumlah tujuh batalion tentera telah dikerah ke Sabah bagi membantu pasukan polis menghadapi penceroboh di negeri itu

Daripada jumlah itu, lima batalion telah dihantar ke Lahad Datu manakala dua lagi masing-masing di Tawau dan Sandakan.

Untuk maklumat penduduk Sabah, di maklumkan bahawa pihak tentera membantu polis sepenuhnya.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.