Saturday, March 16, 2013

Lahat Datu Terkini: 15 orang ditahan di Sungai Bilis



Pasukan keselamatan menahan lapan lelaki warga Filipina yang cuba memasuki kawasan operasi dengan menaiki bot laju di Sungai Bilis di sini malam tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah malam itu, pihak polis turut menemui 300 tong minyak kosong dan wang tunai Filipina berjumlah 369,000 peso (RM28,000) yang dibawa suspek.

"Pemuda berusia antara 17 dan 29 tahun itu akan disoal siasat bagi memastikan tujuan mereka memasuki kawasan operasi berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Panglima 1 Divisyen, Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar.

Menurut Hamza, kes berkenaan berkemungkinan akan disiasat mengikut Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Beliau berkata, pasukan keselamatan bagaimanapun tidak menemukan sebarang senjata daripada kesemua suspek yang ditangkap.

Dalam pada itu, katanya, kini pasukan keselamatan menumpukan operasi di sekitar kawasan Kampung Tanjung Batu.

Menurutnya, pasukan keselamatan setakat ini, sudah berjaya membersihkan kawasan Kampung Tanduo dan Sungai Nyamuk tetapi masih meletakkan anggota bagi memastikan musuh tidak memasuki semula lokasi berkenaan.

"Walaupun sudah dibersihkan, orang ramai khususnya penduduk kampung masih tidak dibenarkan memasuki perkampungan tersebut," katanya

3 comments:

  1. yg lapan orang kena tahan tu mungkin sekali nak beli minyak disel bersubsidi malaysia dan nak seludup balik ke filipina untuk dijual. sebab tu kot dalam bot bawak 300 jerry can & duit cash banyak!. ada laporan berita dan blog yg kata penduduk filipina di pulau pulau yang dekat dengan lahad datu mendapatkan bekalan harian daripada bandar bandar di sebelah malaysia seperti lahad datu, semporna, tawau. sebelom ni mungkin depa senang saja cross masuk nak beli tapi bila jadi krisis lahad datu, susah banyak laa depa ni.

    Stormtrooper

    ReplyDelete
  2. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Banyak perkara yang tersurat dan tersirat terutama tugas dan tanggungjawab pihak-pihak berkenaan terlalu alpa dengan keselamatan negara. Tidak perlu tunding jari kepada mana-mana pihak tetapi peristiwa yang berlaku boleh dijadikan tauladan terutama mereka-mereka yang dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan sebelum ini.

    ReplyDelete
  3. Nampaknya bukan isi membenteras penceroboh sahaja yang dapat di kekang malahan munking banyak isu isu lain akan dapat si benteras. Harap pihak KDN mengambil iktibar dan memberi fokus serta mengambil langkah yang sewajarnya bagi mengelakkan banyak kerugian kepada ekonomi negara.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.