Friday, March 29, 2013

Menurut Sumber Dalaman PKR Anwar Ibrahim Akan Bersumpah Laknat Dalam masa Terdekat


Menurut SMS yang diterima oleh sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat(PKR) sendiri Anwar akan bersumpah laknat mengenai liwat yang dilakukan terhadap Mohd Saiful Buhari dalam masa terdekat.


Menurut sumber dalaman lagi, Bapa Saiful, Mohd Azlan Lazim telah dikatakan menasihati agar Anwar Ibrahim mengambil tindakan bersumpah demi untuk menyelamatkan masa depan politik Anwar sendiri.

Sementara itu Ummi Hafilda berjanji akan benamkan Anwar Ibrahim sebelum PRU13 nanti. 

"Saya tidak gentar untuk menghadapi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)."

Amaran itu dikeluarkan oleh ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali yang memberi peringatan beliau akan menyerang Anwar habis-habisan bagi mendedahkan keburukan Ketua Pembangkang kepada rakyat pada pilihan raya akan datang.

"Anwar harus ditalkinkan dalam PRU-13 ini dan kerana itu saya tidak gentar dengan beliau dan akan mendedahkan rahsia Anwar nanti.

"Walaupun saya dicemuh dan dimaki dalam internet, saya tetap serang Anwar kerana dia, saya dihina dan diaibkan sejak 13 tahun lalu," katanya dalam ceramah "Bongkar" anjuran UMNO Permatang Pauh di Kampung Permatang Rawa di sini malam tadi.

Turut hadir, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah dan lebih 300 penyokong UMNO.

Ummi Hafilda juga berharap rakyat di negara ini menolak pemimpin seperti Anwar yang memiliki masalah moral dan tidak layak menjadi pemimpin negara.

Bukan sahaja Anwar, bahkan Ummi Hafild juga menggesa seluruh rakyat Malaysia menolak pakatan pembangkang dalam PRU-13 nanti.

1 comment:

  1. Nuar ni nak bersumpah???? Mari kita tengok dengan teliti macam mana dia bersumpah. Ayat yangn dilafaz dan cara dia mengangkat sumpah. Mesti lain dari cara yang pernah dibuat. sebab dia takut dan akan buat sesuatu yang boleh menjadikan sumpah itu terbatal.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.