Thursday, March 7, 2013

Mereka Korek Biji Mata, pancung kepala kemudian minta gencatan senjata, kejam sungguh pemberontak Sulu


Setelah mereka cacatkan jenazah anggota polis yang terkorban dengan kemudian mereka minta gencatan senjata. Kejahatan mereka tidak akan dibiarkan berlalu begitu sahaja, kekejaman mereka wajar dihukum dengan hukuman yang setimpal.

Polis mendedahkan bahawa mereka terpaksa menghantar pasukan penyelamat ke kampung itu untuk menyelamatkan yang cedera dan memungut mayat rakan-rakan lain yang terkorban.

Pada mulanya, sepasukan polis yang terdiri daripada 60 anggota telah masuk ke Kampung Sri Jaya Siminul untuk menyiasat laporan mengenai kehadiran penceroboh bersenjata di kampung itu.

"Setibanya di Kampung Simunul, pihak polis telah diserang oleh penceroboh. Enam anggota polis telah terkorban manakala dua lagi cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh oleh pihak polis.

“Pihak polis telah menghantar pasukan penyelamat untuk memungut mayat wira-wira negara dan menyelamatkan anggota yang terperangkap di Kampung Simunul. Pasukan itu berjaya melaksanakan misi.

"Mayat anggota-anggota polis itu telah dicacatkan dengan kejam oleh penceroboh," kata kenyataan tersebut.

Enam anggota polis yang telah meninggal dunia ialah, Supt Ibrahim Lebar, ASP Michael Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Abdul Aziz Sarikon, koperal Salam Togiran dan Lans Korporal Mohd Azrul Tukiran.

Berita pembunuhan kejam ini yang merebak di kalangan penduduk kampung dan telah dipetik oleh media, tetapi Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar enggan mengesahkan laporan ini.


Adakah kita mahu pengganas dibiarkan lepas begitu sahaja tanpa menghukum mereka setelah mereka membunuh dengan kejam 8 pasukan keselamatan.


9 comments:

  1. Sikap begini.mmg tak boleh dipercayai utk diberi gencatan senjata sewenang-wenangnya

    ReplyDelete
  2. Siapa mereka untuk meminta genjatan senjata, mereka hanya pengganas yang menceroboh negara orang lain

    ReplyDelete
  3. Habiskan semua Penceroboh tu. Kerajaan perlu tegas.

    ReplyDelete
  4. Tak dapat menahan sebak tiap kali menatap wajah perajurit yg terkorban dan kluarga. Jangan lemah semangat Malaysiaku. Mereka yg menceroboh dan bertindak kejam. Memang patut kita hapuskan mereka

    ReplyDelete
  5. Jgn berlembut lg dgn pnceroboh negara kita..serang tetap serang..pergi mesti pergi...

    ReplyDelete
  6. Berapa berat mata nemandang, berat kg bahu yg memikul...

    ReplyDelete
  7. Ingin mencadangkan agar disiarkan dalam tv gambar anggota keselamatan kita yang di perlakukan sedemikian rupa,biar rakyat tahu ini harga yang perlu dibayar demi mempertahankan musuh durjana dan menjaga keamanan negara bukannya sandiwara. Sekiranya dikatakan sandiwara dapatkan skrip dan sila tampilkan diri ikut berjuang mengikut skrip yang berikan. Basa lanun binatang. Tian Cia ajak sekali berlakun, jadi actor sebagai hero biar aku jadi genster senang aku nak kelar kelar badannya. Confirm tak masuk penjara sebab sandiwara. Basa cina celaka.

    ReplyDelete
  8. Kerana najibun..polis jd mangsa

    ReplyDelete
  9. Mari berkongsi citer kes anggota polis d korek biji mata,d pancung,d belah dari kepala hingga kebawah n mengeluarkn jantung n hati tu semua benar..dari sumber2 yg boleh d percayai ianya d dalangi oleh SB polis yg menjadi talibarut pada tentera sulu hingga pembunuhan kejam telah berlaku..mengapa kerajaan masih nk sembunyikn hal ini dari rakyat,siarkan gambar yg sebenar2 nya pada rakyat jgn lah ada pembohongan demi nk meraih undi,rakyat bkn nye bodoh jika nk sembunyikn kes yg bnar2 terjadi..mnta tubuhkn satu penyiasatan terhadap menteri2,jabatan2 kerajaan terutama PDRM TLDM jabatan pendaftaran d sabah sememangnya ada benda yg x kena yg sepatutnya d bongkar,kebebasan membawa senjata masuk dari pilipina I/C sewenang2nya mereka perolehi..apa semua ni haaa..ini juga dari sumber yg boleh d percayai mat bom adalah org kuat umno beliau pernah menuntut lahat datu melalui undang2namun x berhasil tetapi mat bom telah dapat tanah seluas 25ekar kini adik n konco2 nya d buru oleh polis,begitu jugak dgn pegawai TLDM yg kini telah lari dari bumi sabah pergi ke pilipina krna rahsia nya telah terbongkar n polis memburu pegawai tersebut,beri lah gambaran yg tepat bkn pembohongan pd rakyat tidak perlu menunding jari pada pembangkang n pembangkang pun x perlu menunding jari pd BN renung2kan lah

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.