Sunday, March 31, 2013

Mereka Potong banner Kita Biar, Patahkan buang bendera pun kita sabar tapi malam Ini Pas diajar secukupnya




Pada malam ini Pas diajar secukupnya oleh penduduk Taman Lembah Permai apabila sekian lama mereka mengupah mat rempit memotong banner, mematahkan tiang bendera dan mengoyakkan bannner ceramah Umno yang diletakkan ditepi jalan dan kesabaran ada titik noktahnya.

Lihatlah pemimpin Pas sudah menjadi seperti orang hilang akal menjerit-jerit umpama syaitan yang direjam memaki hamun Umno tetapi ceramah penduduk Taman Lembah Permai tetap tenang tanpa sebarang provokasi.

Pada malam ini memperlihatkan Pas seperti kebudak-budakan menjerit tak tentu arah sehingga beberapa jam dan ini membuatkan PA sistem mereka terus senyap.

Seramai 200 orang pemuda dari Briged Aman telah dipanggil untuk membantu penduduk Taman Lembah Permai yang dikatakan akan berlaku rusuhan kerana pihak Pas tidak puas hati sepatutnya mereka membuat ceramah di Taman Tasik Permai tetapi bertukar tempat disaat akhir kononnya demi demokrasi mereka boleh buat apa sahaja yang mereka suka.

Oleh yang demikian penduduk Taman Lembah Permai juga ada hak mengamalkan demokrasi lalu membuat ceramah di kawasan yang berdekatan.

Ada penyokong Pas berkata kenapa perlu berlaku begini, jawapannya cukup mudah inilah demokrasi yang kita amalkan. Jika kita tidak mahu diganggu kenapa pula kita suka mengganggu orang lain.

Begitulah yang berlaku di Taman Lembah Pemai yang dijadikan kambing hitam oleh pihak polis Batu Gajah demi untuk memuaskan hati penganut pakatan haram makan diluluskan permit ekpress tanpa berunding dengan pemimpin masyarakat setempat.

Maka berlakulah apa yang dipanggil demokrasi dimana berlakunya dua pertembungan ceramah jadi siapa yang tak tahan telinga sila berhenti.

Difahamkan Unit Amal Pas lebih daripaga 30 orang bersiap sedia untuk melakukan sesuatu tetapi apabila dengan adanya Briged Aman Unit Amal Pas terpaksa berundur.

Ceramah Pas terus muram walaupun beberapa penceramah terkenal mereka yang datang seperti perasuah terbesar MARA Tamrin Ghaffar yang hanya sempat berucap 15 minit sahaja apabila diejek Tok Uban, penjahanam Mara, Pembangkrap Mara dan perosak bangsa.


Walaupun Pas mengatakan Umno mengganggu ceramah mereka tetapi tiada satu pun bendera Umno dan pemimpin UMNO berada dipentas ceramah penduduk Taman Lembah Permai.

Ramai pemimpin pakatan rakyat memenuhi khemah mereka termasuk Lee Bon Chye, Anwar Ayam, Tamrin Ghaffar dan beberapa lagi pemimpin yanhg siap dengan body Guard.


Ini adalah penyokong Pas yang cuba membuat provokasi di tapak ceramah Penduduk nasib baik tak dibelasah oleh pemuda Briged Aman. Dia ni sebenar bekas seorang guru penolong kanan SKTIWA yang telah pencen.

Yang bestnya Briged Aman Dun Sungai Rapat tenang sahaja menghadapi pemimpin Pas yang terjerit-jerit macam kena histeria.

Diakhir ceramah kedua-dua ceramah membaca doa tetapi berbeza versi ditapak ceramah Pakatan Haram yang dibaca oleh Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa iaitu mendoakan kehancuran UMNO/BN dengan berkata wahai Allah kau musnahkanlah UMNO, kau rejamkanlah mereka kerana mereka mengganggu ceramah Islam kami.

Tetapi di tapak ceramah penduduk seorang Ustaz telah mendoakan agar Allah membuka hati sahabat-sahabat Pas jangan bersengkongkol dengan kafir Harbi iaitu PKR dan DAP dan mendoakan kesejahteraan mereka.

Kedua-dua tamat hampir jam 12 malam. 

Inilah demokrasi jangan Pas pula berkata Umno mengganggu ceramah mereka kerana mereka juga ada hak dalam demokrasi untuk melakukan apa yang mereka patut lakukan.

Video Azli janggut selekeh doa pecah perut akan menyusul



7 comments:

  1. Salam. Love it Action yg telah diambil oleh BN. Itu saja cara nya untuk bertindak. Setuju tindakkan itu kerna ini negara demokrasi. Tidak menfitnah orang sekadar beri penerangan sj. Marvelous..... Teruskan.

    ReplyDelete
  2. Dahshyat betul muka-muka orang dalam gambar top tu...bengis gila..

    Tapi bengis sama orang UMNO jelah...sama DAP dengan PKR setakat jadi macai, dok gitu?

    ReplyDelete
  3. Halo kawan kalau superimpose gambar tamrin tu....kasi balancehardness. Nampak cutting terlebih sharp dari imej yg lain

    ReplyDelete
  4. kenapa Tamrin digelar Tok Uban siapa tahu bro

    ReplyDelete
  5. aku rasa sebab rambut dia beruban kot

    ReplyDelete
  6. Bukan mara ja jahanam...dulu masa jadi ahli lembaga salah sebuah bank pun sama gak...sampai jahanam bank tu dibuatnya..

    ReplyDelete
  7. Tak tahan kena ejek rupanya Tok Uban ni 15 minit ceramah terus stop

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.