Sunday, March 24, 2013

Negeri Sembilan Terbubar Dengan Sendirinya Pada 26 Mac 2013


Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar secara automatik, akan terbubar dengan sendirinya pada Selasa 26 Mac 2013 dan kerajaan ini masih sah mengikut sistem demokrasi berparlimen atau Westminster yang diamalkan di negara ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata menerusi sistem tersebut, kuasa pemerintahan sama ada negeri atau persekutuan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu perundangan, kehakiman dan pentadbiran atau eksekutif.

Katanya jika DUN mencapai tempoh genap lima tahun, hanya perundangan iaitu kuasa oleh wakil rakyat yang akan terbubar sementara kehakiman dan pentadbiran masih ada dan perlu dijalankan.

"Kita mengamalkan pemisahan kuasa dan apabila sampai tarikh itu (26 Mac)hanya DUN iaitu perundangan yang akan terbubar tapi eksekutif dan kehakiman masih ada," katanya pada sidang akhbar

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang menyatakan kerajaan negeri ini akan menjadi kerajaan haram jika terus beroperasi selepas 26 Mac, seperti disiarkan beberapa portal berita pembangkang, baru-baru ini.

Mohamad berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu adalah tidak tepat dan boleh mengelirukan serta mencetuskan kebimbangan rakyat.

Katanya selepas DUN terbubar, kerajaan sementara di bawah kuasa eksekutif atau pentadbiran akan tertubuh di mana fungsinya untuk meneruskan pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri dan isu kerajaan negeri ini akan menjadi kerajaan haram selepas DUN terbubar sepatutnya tidak timbul.

"Jangan suntuk sangat pandangan. Memang benar dia (Abdul Aziz) adalah pakar perundangan dan perlembagaan tetapi dia tidak nampak di sebalik apa yang sepatutnya diadakan iaitu kerajaan sementara," katanya.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, DUN Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendiri Selasa ini apabila mencapai tempoh genap lima tahun iaitu bermula persidangan pertamanya selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

2 comments:

  1. Pakar perlebagaan kepala bapak dia. Abd Aziz Bari kena di tarik balik status Prof.nya.

    Salepas Dewan Negeri di bubarkan, Kerajaan yang ada, iaitu Kerajaan BN di Negeri Sembilan boleh memerintah sahingga 60 hari. Maananya daripada 27 Mac hingga 25 Mei, 2013, Kerajaan yang diketuai oleh Mohamad Hasan boleh memerintah Negei Sembilan. Aziz Bari kata lepas bubar adalah kerajaan haram adalah tidak betul.

    ReplyDelete
  2. Si aziz bari ni sebenarnya tau perlembagaan tapi sengaja bg kenyataan yg salah sb memang dasar pembangkang yg kerjanya asyik membangkang dan menaikkan kemarahan rakyat...kalau dah jadi pembangkang tp bersetuju saja dgn fakta yg betul nanti kena maki pulak dgn bos..memang dasar org yg tak bertamadun dan sia2 je belajar tinggi tapi perangai macam budak2 PMR je...apalah nasib dapat suami dan ayah yang mcm Aziz Bari ni...

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.