Sunday, March 24, 2013

Nik Aziz janji akan bertanding PRU sampai ke Liang lahat


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau bukan sahaja akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebaliknya akan terus bertanding sampai bila-bila walaupun jika terpaksa menggunakan kerusi roda ekoran keadaan kesihatannya yang uzur.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau hanya akan berundur daripada politik sekiranya Pas tidak memerlukannya lagi manakala bagi PRU-13, Pas pusat telah membuat keputusan supaya beliau wajib bertanding.

"Saya sebut dah kalau parti suruh bertanding, saya bertanding. Walaupun saya berkerusi roda saya bertanding, kalau parti kata cukup, cukuplah.

"Sekarang ini sudah ada keputusan daripada pejabat agung dua tiga bulan lepas lagi, Nik Aziz wajib bertanding, Setiausaha Agung Pas (Datuk Mustafa Ali) sudah sebut," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini.


Ini terpaksa dibuat untuk menentukan Pas masih diterima oleh masyarakat walaupun pada hakiatnya Pas telah mengkhianati Islam. Tinjauan yang dibuat di negeri Kelantan kekuatan Pas hanya bergantung pada Nik Aziz sahaja jika sekiranya Nik Aziz tidak bertanding bukan sahaja Pas akan berkubur malah PKR turut berkubur bersama.

3 comments:

  1. Sebagai pemimpin yang matang dan agak berkaliber Saudara Nik Aziz tidak perlu mempertahankan prinsip bahawa kita diperlukan sampai bila2 malah kita lebih dihormati jika berundur sebelum dikeluarkan dari pucuk pimpinan tertinggi parti.Saudara Nik Aziz boleh memantau perjalanan parti walaupun sudah tiada jawatan dlm parti dan bertindak sebagai penasihat.PAS tidak akan berkubur kerana masih ada lagi ahli yg menyokong walaupun perjuangan PAS sudah tersasar jauh dr agenda asal cuma yang penting PAS perlu kembali ke laluan asal dan tak salah jika PAS sanggup U-turn dan berjuang bersama-sama UMNO utk kembali memperkuatkan islam dan melayu di msia.Kami penyokong BN khususnya UMNO amat menunggu kita bergabung dan bekerjasama demi islam,melayu dan tanahair kita.Wallahualam

    ReplyDelete
  2. dulu PAS adalah dalam BN. Keluar BN sbb nak merentah Kelate sendiri dan bergabung dgn DAP Komunis.. Eloknya PAS masuk BN semula untuk kuatkan balik org Melayu. Kalau nak tarbiyah org UMNO boleh lah tarbiah dalam BN dalam rumah yang sama . Nak berbalah pasal agama islam biarlah dalam rumah yang sama . PAS jaga Islam , UMNO buat pembangunan. Klau umno berjalan takbetul maka PAS boleh marah terus kpd UMNO ....lebih baik bekerjasama dgn UMNO daripada PAS bekerja dgn DAP yang jelas KAFIRNYA..........

    ReplyDelete
  3. Tuhan Kah Nik Aziz ?
    Tuhan Kah Hadi Awang ?
    Agama Apa Sebenarnya Nik Aziz ?
    Agama Apa Sebenarnya Hadi Awang ?

    Silapnya orang melayu adalah kerana mereka sangat mempercayai orang2 yang bergelar ustaz atau tokguru. Mereka hormat giller. Sebab tu mudah kena tipu dengan orang2 yang berpura2 alim dan warak .. pakai kopiah putih 24 jam, pakai serban dan jubah 24 jam, membilang biji tasbih 24 jam.

    Nik Aziz kalau bukan kerana umpan syurga tak kan ada rakyat kelantan yang sanggup duduk bawah MB yang tak bawa apa2 kemajuan pun kepada negeri kelantan. Rakyat kelantan terlalu dahagakan syurga, hidup susah tak apa, janji masuk syurga.

    Hadi Awang kalau bukan kerana ugut kafir kepada siapa2 yang menyokong Umno tak lah Ibrahim Libya sampai sanggup " bunuh diri " bersama2 dengan pengikutnya dalam peristiwa Memali. Orang melayu terlalu takut menjadi Kafir. Orang melayu rela mati daripada menjadi Kafir.

    Dari sini nampak sangat betapa bodohnya orang melayu, betapa ceteknya ilmu agama mereka, betapa jahilnya mereka tentang authority yang ada pada tuhan mereka.

    Tidak kah orang melayu tahu bahawa Syurga itu authority tuhan Allah untuk semua penganut islam tak kira apa bangsa pun atau apa parti pun.

    Tidak kah orang melayu tahu bahawa Kafir juga authority tuhan Allah keatas semua penganut islam tak kira apa bangsa pun atau parti pun.

    Bila ada orang melayu meyakini Syurga ikut tafsiran Nik Aziz dan Kafir ikut hukum Hadi Awang, saya jadi pelik dan tertanya2, adakah islam orang melayu tak sama dengan islam Nabi Muhamad, adakah tuhan orang melayu tak sama dengan tuhan Nabi Muhamad.

    Saya berani kata bila Nik Aziz berani janji Syurga maka taraf dia dah sama dengan tuhan. Begitu juga bila Hadi Awang sampai berani menghukum Kafir orang maka taraf dia juga dah sama dengan tuhan.

    Pertanyaan saya kepada orang Pas. Adakah Nik Aziz itu tuhan kalian yang menjaga Hal Ehwal Syurga. Adakah Hadi Awang pula tuhan kalian yang menjaga Status Keislaman seseorang.

    Kalau Nik Aziz dan Hadi Awang bukan tuhan kalian maka persetankan saja janji Syurga dan hukum Kafir oleh mereka.

    Kalau kerana tidak sokong Pas maka kita tak dapat masuk Syurga, kalau kerana tak sokong Pas maka kita jadi Kafir. Bagaimana dengan nasib Nabi Muhamad saw ? Masuk Syurga kah baginda ? Jadi Kafir kah baginda ?

    Jangan lah terlalu mendewa2kan Nik Aziz dan Hadi Awang sehingga mereka sama taraf dengan tuhan.

    Minta maaf, saya melihat Nik Aziz dan Hadi Awang ini tak ubah macam Setan Berserban dan Berjubah yang mahu menghancurkan islam kerana mereka tak ada sikit pun niat untuk bertolak ansur dengan Umno demi perpaduan melayu, sedangkan dengan DAP mereka boleh bertolak ansur terlalu banyak. Diantaranya Hudud sanggup ditangguhkan, Negara Islam sanggup digugurkan dan yang paling hebat sekali adalah tuhan mereka (Nik Aziz dan Hadi Awang) sama dengan tuhan Lim Guan Eng.

    Dari situ saya ingin bertanya. Nik Aziz dan Hadi Awang ini agamanya Islam atau Kristian ? Tak salah saya nak bertanya kan. Tak salah saya meragui keislaman mereka kan.

    Hj Ariffin

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.