Thursday, March 7, 2013

OP DAULAT: SIDANG MEDIA MENTERI DALAM NEGERI DAN MENTERI PERTAHANAN


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengesahkan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak akan berada di Sabah hari ini untuk meninjau sendiri perjalanan Op Daulat di pantai timur negeri itu.

Datuk Seri Hishammuddin berkata beliau yakin kehadiran Najib akan memberi semangat baharu kepada semua anggota pasukan keselamatan yang terlibat dalam Op Daulat, terutama setelah apa yang dilalui sepanjang operasi itu.

Selain itu, beliau juga akan meninjau keadaan dari segi keperluan logistik, kebajikan dan kemudahan yang disediakan sepanjang Op Daulat operasi.


Sementara itu kejadian tembak-menembak dilaporkan berlaku di Kampung Tanduo kira-kira pukul 9.15 pagi ini dan kelihatan jet  pejuang F18 Hornet terbang rendah disekitar kampung Tanduo

Bagaimanapun, sebarang kematian atau kecederaan belum dapat disahkan


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130307/dn_34/Tembak-menembak-kedengaran-di-Kampung-Tanduo-pagi-ini#ixzz2Mp9p4kXp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.