Friday, March 22, 2013

Ops Daulat: Berlaku Tembak-menembak lewat malam tadi


Kejadian tembak menembak diantara pengganas Kiram dan pasukan keselamatan dilaporkan berlaku di Kampung Embara Sakti kira-kira pukul 11 malam tadi.

Difahamkan usaha mengepung saki baki pengganas itu sudah dilakukan sejak jam 9 malam tadi. Usaha mengepung saki baki pengganas itu sedang giat dijalankan kerana kawasan tersebut bukan kawasan zon merah atau kawasan larangan.

Kampung Embara Sakti terletak kira-kira 40 kilometer dari Felda Sahabat 17, lokasi utama operasi penggeladahan dan pembersihan sedang giat dijalankan.

Sebentar lagi Pihak Polis akan buat sidang media bagi memberi gambaran kejadian sebenar tembak menembak malam tadi.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.