Thursday, March 7, 2013

Muktamad: OPS Daulat Diteruskan tanpa Genjatan Senjata Sehingga Semua Pengganas Menyerah Diri





Ops Daulat yang menyaksikan kerjasama polis dan tentera di bawah strategi lautan biru setakat ini nyata membuahkan hasil memberangsangkan.

Sebentar tadi sidang media yang telah diadakan oleh YAB Perdana Menteri menyatakan Ops Daulat akan diteruskan sehingga semua pengganas menyerah diri sepenuhnya termasuk dalang disebalik pencerobohan ini.

Malaysia telah berunding selama hampir sebulan sebelum membuat keputusan menyerang pengganas, sepatutnya pengganas menggunakan masa tersebut berunding tetapi mereka memilih untuk berperang.

Malaysia juga tidak bertindak agresif sehingga pihak pengganas menunuh anggota pasukan keselamatan dengan menipu kononnya menyerah diri sambil mengibarkan bendera putih, kata Najib lagi

Kita akan menyerang sehingga kesemua pengganas menyerah diri, jika mahu genjatan senjata mereka perlu serah diri lebih awal.

2 comments:

  1. Ya ! Macam ni lah yang rakyat Malaysia semua mahu !! Kita tak akan patuh pada apa2 gencatan senjata dari Kiram. Kita patut tunjukkan kekuatan angkatan bersenjata kita memburu saki-baki lanun Sulu tajaan Kiram ini hingga ke lubang cacing !! Kita ajar mereka itu cukup2 supaya kejadian ini adalah merupakan kali terakhir untuk mereka mencabar kedaulatan negara Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Jangan sama sekali CEASE FIRE. Belasah saki-baki yang ada habis-habisan. Tunjuk KEKUATAN ANGKATAN BERSENJATA MALAYSIA supaya lain kali mereka beringat sikit sebelum mencabar kesabaran Malaysia. Kita sudah 4 kali melanjutkan tempoh rundingan secara damai oleh kerana sesama Islam, tetapi mereka telah mengkhianati kita dengan membunuh para anggota keselamatan kita pula dengan berpura2 mengangkat bendera putih untuk dijadikan sekadar umpan.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.