Tuesday, March 12, 2013

Ops Daulat: Seorang anggota tentera terkorban dan 3 pengganas berjaya dibunuh



Seorang anggota tentera Malaysia disahkan terkorban dalam satu insiden pertempuran di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu pagi ini dan 3 pengganas berjaya dibunuh

Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dalam satu pesanan ringkas SMS , mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau juga berkata dalam kejadian pada pukul 10.45 pagi itu tiga orang anggota pengganas turut terbunuh.


Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini mengesahkan seorang anggota keselamatan terkorban manakala tiga pengganas mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira jam 10.45 pagi tadi.


Menurut sumber 1163468 Pbt Mohd Hurairah dari 7md,Kem Kukusan Tawau, Sabah terbunuh dalam prtempuran di Kg Tg Batu Lahad Datu pagi td.

Arwah berasal dari Kelantan..Al Fatihah.Pertempuran jam 1045H pagi tadi. 2 anggota ATM cedera.

Gambar di atas difahamkan adalah Kpl Khairul Anuar dari Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) dari Batalion ke 7 yang ditembak oleh pengganas di Lahad Datu pagi tadi.

Hingga kini jumlah anggota keselamatan yang terkorban dalam Op Daulat ialah sembilan orang.

Sebelum ini seramai lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.