Sunday, March 31, 2013

Pakatan Haram Tidak Perlu Takut Dengan Pasukan Keselamatan Yang ditubuhkan oleh Wanita Umno


Hari ini blog pembangkang mengutuk sekeras-kerasnya hasrat Pergerakan Wanita UMNO akan menubuhkan pasukan khas bagi mengawal keselamatan orang ramai, sekali gus menangkis strategi kotor mana-mana pihak yang cuba mencetuskan suasana huru-hara semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.


Jika mereka tidak buat provokasi kenapa harus mereka takut, sebelum ini pun sudah bertahun-tahun Skuad Amal@Anal bagi mengganggu setiapa ceramah dan sepanjang proses pilihanraya yang telah diadakan sebelum ini. 

Hampir keseluruhan wanita Umno dan penyokong wanita Umno takut untuk keluar mengundi kerana khuatir di ganggu oleh skuad Amal@Anal mereka.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, penubuhan pasukan itu penting bagi memastikan hak mengundi rakyat tidak dicuri oleh parti pembangkang yang didakwa begitu licik merancang pelbagai angkara untuk mewujudkan ketegangan di pusat-pusat mengundi di kawasan tertentu.

Jelasnya, ketika ini Wanita sudah mula menyusun strategi dan akan mengerakkan pasukan khas itu ke semua pusat mengundi seluruh negara.

"Saya beri amaran awal kepada parti pembangkang, Wanita akan bekerjasama dengan semua pihak termasuk anggota keselamatan bagi memastikan pengundi dapat keluar mengundi dan melunaskan hak mereka di bawah undang-undang Malaysia dalam suasana aman.

"Kemungkinan besar mereka mahu mencipta suasana huru-hara itu kerana cemas dan takut tewas dalam pilihan raya umum nanti berikutan sokongan padu yang ditonjolkan rakyat terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.



Kejadian di Taman Lembah Permai malam tadi sebagai tanda betapa perlunya pasukan keselamatan kerana jika tidak penduduk akan dibelasah 'hidu--hidup' seperti yang mereka lakukan di negeri Selangor.

1 comment:

  1. een webwinkel beginnen voor dummies online webwinkel beginnen

    Feel free to surf to my web blog - wat webwinkel beginnen

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.