Tuesday, March 12, 2013

Pakatan Rakyat Tawar Lebih Baik kepada Kakitangan Awam iaitu kurangkan kakitangan Awam


Setiausaha Bahagian Penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata, jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja, Pakatan akan kemukakan satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.

Tony Pua berkata, bagi mengurangkan jumlah dan bilangan kakitangan awam adalah satu cabaran besar bagi Pakatan Rakyat, oleh kerana mungkin akan dapat bantahan daripada kakitangan awam itu sendiri, selepas Pakatan Rakyat memerintah.



“Pakatan Rakyat tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan iaitu membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan Rakyat akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing.”


Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara lebih cepat

Tony Pua berkata, Pakatan Rakyat akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara negera China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi, kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.

Tony Pua Kiam Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk negara kita; jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.