Friday, March 29, 2013

Panglima kumpulan Kiram mati di tembak setelah melibas Pihak keselamatan dengan parang


Seorang lelaki warga emas dipercayai panglima kepada kumpulan pengganas Kiram dan pengamal ilmu hitam mati ditembak selepas menetak seorang anggota keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan dan pembersihan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna dekat sini hari ini.


Lelaki berusia 60-an itu dipercayai merupakan pengawal peribadi kepada orang kanan kumpulan pengganas tersebut dikenali sebagai Imam Mas yang ditembak mati dalam pertempuran pada 2 Mac lalu di kampung tersebut.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib (gambar) berkata, semasa pasukan keselamatan memeriksa sebuah rumah di perkampungan itu pada pukul 8.20 pagi, secara tiba-tiba lelaki terbabit meluru keluar dari sebuah bilik yang dilihat berkunci dari dalam lalu menyerang dan menetak seorang anggota keselamatan dengan menggunakan parang.



Kampung Simunul merupakan kawasan perkampungan yang cukup bahaya dan dipercayai masih terdapat beberapa orang saki baki pengganas bersembunyi di situ.

Sementara itu pihak keselamatan yang tercedera masih kesal dengan sikap pembangkang yang masih mengatakan insiden pencerobohan di Lahat Datu adalah satu konspirasi kerajaan. Mereka dan keluarga berjanji tidak akan mengundi pakatan haram yang memang haram dan tidak pernah mengiktiraf pasukan keselamatan.

Ada juga pemimpin pakatan haram yang sanggup menggelarkan mereka sebagai anjing semata-mata demi politik kotor mereka.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.