Thursday, March 7, 2013

Penceroboh Tak Layak Minta Gencatan Senjata, mereka cuma perlu serah diri


Sultan Sulu palsu Jamalul Kiram III telah mengumumkan genjatan senjata dan meminta pasukan keselamatan Malaysia juga melakukan perkara yang sama.


Sebagai pengganas penceroboh mereka tidak layak meminta genjatan senjata, apa yang mereka boleh buat hanya menyerah diri kepada pihak berkuasa Malaysia untuk diadili di Malaysia terhadap keganasan mereka membunuh 8 pegawai dan anggota PDRM di Lahat Datu dan Semporna.

Rajah Muda Agbimuddin Kiram yang juga kepala pengganas yang mengetuai keganasan di Lahat Datu dan Semporna perlu ditangkap hidup-hidup untuk dibicarakan bagi membolehkan pihak berkuasa Malaysia tahu siapa dalang disebalik keganasan ini.

Begitu juga dengan Jamalul Kiram III perlu diheret ke muka pengadilan.

Pengganas juga telah menipu dalam berperang dengan menaikan bendera putih tanda serah diri apabila pihak keselamatan mendekati mereka maka mereka membunuh pihak keselamatan.

Tiada lagi rundingan dengan pengganas samada serah diri atau perangi mereka habis-habisan termasuk dalang pencerobohan ini yang masih bebas menipu dan kelentong rakyat.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.