Saturday, March 23, 2013

Penduduk Kampung Pengkalan Gate Tambahan Gembira Dapat Sekolah Agama Rakyat Baharu




Penduduk Kampung Pengkalan Gate Tambahan hari ini begitu gembira kerana mereka bakal mendapat Sekolah Agama Rakyat yang baru.

Menurut Pengerusi Sekolah Rendah Agama Rakyat Nuruhidayah En Mohd Sarji Bin Mistar, sekolah Agama Rakyat ini sebenarnya telah ditubuhkan pada 1994 lagi dengan menggunakan bangunan di bawah Surau kampung pngkalan Gate Tambahan.

"Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada YB Dato Hamidah Binti Osman Adun Sungai Rapat yang membantu bagi mendapatkan dana sejumlah RM150,000.00 untuk mendirikan Sekolah Agama Rakyat yang baru. 

Dengan adanya sekolah agama rakyat yang baru dapatlah anak-anak terutamanya dalam kariah Kampung Pengkalan Gate Tambahan belajar dalam keadaan yang lebih selesa berbanding sebelumnya, kata En Mohd Sarji lagi.

Ketika ucapan YB Dato Hamidah Osman mengingatkan kepada semua penduduk supaya bersatu dan sentiasa mementingkan perpaduan kerana dengan adanya sikap ini dapatlah kerajaan membantu dar segi pembangunan.

"Saya juga ingin menyeru kepada semua penduduk supaya jangan ada sikap berpuak-puak dalam menjalanai kehidupan seharian kerana sebelum ini Kampung Pengkalan Gate Tambahan agak tertinggalan dari segi pembangunan", kata YB Dato Hamidah.

"Penduduk Kampung Pengkalan Gate Tambahan rugi kerana mempunyai Ahli Parlimen daripada pembangkang kerana memang nyata pembangkang tidak pernah melakukan apa-apa pun untuk membantu dari segi pembangunan malah pembangkang hanya sibuk dengan ceramah mereka menghasut rakyat supaya membenci kerajaan", kata YB Dato Hamidah.

"Pada PRU13 ini saya mengharapkan semua penduduk Kampung Pengkalan Gate mengundi Barisan Nasional jika ingin melihat kampung ini pesat membangun",kata YB Dato Hamidah lagi.

Dalam majlis ringkas itu YB Dato Hamidah turut melakukan gimik pecah tanah dengan menggunakan jentolak di tapak dimana akan dirikan Sekolah Agama Rakyat yang baru.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.