Friday, March 15, 2013

Penduduk Yang Tidak memberi kerjasama, rumah mereka akan dibakar oleh pengganas Sulu


Pengganas Sulu yang kini semakin kekurangan sumber makanan dikesan mula keluar dari kawasan persembunyian dan menemui penduduk kampung, sekurang-kurangnya untuk mendapatkan bekalan air minuman.

Ini berikutan tiga laporan polis dibuat penduduk kampung memaklumkan mereka didatangi pengganas Sulu yang meminta diberikan air minuman di beberapa lokasi berasingan dalam gugusan Felda Sahabat dalam tempoh dua hingga tiga hari lalu.

Seorang penduduk tempatan memberitahu, dia didatangi tiga pengganas Sulu ketika mengutip buah kelapa sawit di Felda Sahabat 45, jam 1.30 tengah hari, kelmarin.

“Seorang daripada mereka berkata kepada saya, jangan takut...saya cuma jalan-jalan cari air,” katanya.

Menurutnya, sebelum lelaki itu muncul dia terkejut apabila dibaling buah sawit sebanyak dua kali.


Pengganas akan bertindak lebih kejam jika kemahuan mereka tidak diikuti iaitu dengan membakar rumah penduduk tersebut.

Harian Metro

1 comment:

  1. Hairan sungguh berani penduduk kampung keluar bekerja diladang yang telah istiharkan zon perang. Siap berhubung dgn pengganas lagi. Minta pihak keselamatan siasat mungkinkah mereka itu tali barut pihak pengganas.

    Cikgu Pencen
    Malim Nawar

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.