Tuesday, March 26, 2013

Pengganas Kiram Sulu Paling Kejam Dalam sejarah


Beberapa anggota keselamatan memberitahu bahawa dalam banyak-banyak pengganas yang ditentang oleh mereka inilah pengganas yang paling kejam tiada manusia yang sekejam mereka.


Mereka seolah-olah dihasut untuk membunuh sesiapa sahaja yang menghalang mereka untuk memiliki Sabah.

Menurut sumber mereka sudah bersedia untuk menyerang Sabah pada tahun lepas lagi tetapi oleh kerana kekurangan dana untuk membeli senjata lalu mereka lupakan hasrat mereka.

“Mereka mengaku orang Islam dan kita layan mereka dengan baik, termasuk memberi makanan ketika tempoh perundingan selama dua minggu, Februari lalu.

“Jadi apabila mereka bunuh anggota keselamatan kita dengan kejam termasuk memenggal kepala dan mencungkil mata, bagi saya mereka memang tiada peri kemanusiaan, malah lebih kejam daripada komunis.”

Itu kenyataan bekas Komando VAT 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarjan Mejar (B) Salehuddin Omar, 62, mengenai pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, yang setakat ini membunuh sembilan anggota pasukan keselamatan.

Sungguh menyedihkan apabila mayat sebahagian daripada mereka ditemui dalam keadaan tidak sempurna kerana kepala dipenggal, mata dicungkil, selain banyak kesan tetakan di seluruh tubuh.

HALIM (kiri) bekas komando VAT 69 yang terbabit Ops Rambo di Sandakan.

Salehuddin yang beberapa kali bertempur dengan komunis sepanjang berkhidmat lebih 38 tahun sebelum bersara pada 2007 berkata, dalam peperangan, anggota yang berjuang memang terpaksa membunuh musuh.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.