Wednesday, March 27, 2013

Penyampaian Voucher KARISMA Untuk Masyarakat Yang Tidak Bernasib baik


Satu majlis penyampaian voucher tunai Karisma kepada rakyat tidak bernasib baik telah dilaksanakan oleh Adun Sungai Rapat YB Dato Hamidah Osman di RTC Gopeng.

Seramai 500 warga Dun Sungai Rapat yang tidak berkemampuan telah menerima voucher tunai ini. Difahamkan Voucher tunai ini boleh ditunaikan di Pasaraya Mydin dan pasaraya Tesco untuk membeli barang-barang keperluan mereka.

Baucher Khas Karisma Hati Rakyat  Tunai Karisma ini adalah rentetan daripada pemberian BR1M 2.0 sepertimana yang pernah diumumkan oleh Datuk Seri Mohd Najib dalam pembentangan Bajet 2013.

Butiran Baucer Karisma Hati Rakyat 2013

  1. pengagihan baucer Karisma Hati Rakyat akan membabitkan 200,000 penerima
  2. membabitkan peruntukan RM50 juta
  3. baucer khas Karisma Hati Rakyat akan diedarkan sebelum 31 Mac 2013 ini
  4. baucer bantuan khas RM200 bagi penerima di Semenanjung
  5. baucer bantuan khas RM300 bagi penerima di Sabah & Sarawak
  6. hanya layak untuk kegunaan untuk digunakan bagi keperluan rumah, sekolah dan khas
Dalam ucapan YB Dato Hamidah Osman mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Razak kerana keperihatinan beliau terhadap rakyat dibawah ini dengan memberikan boucher tunai ini. 

Dengan boucher tunai ini maka dapatlah rakyat sedikit sebanyak membelanja barang-barang keperluan untuk keluarga mereka, kata YB Dato Hamida Osman ketika ditemui pada majlis penyampaian boucher tunai KARISMA HATI RAKYAT di RTC Gopeng.

Sekitar majlis penyampaian Boucher Karisma Hati rakyat 2013











0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.