Wednesday, March 27, 2013

Pintasan Mesej Pembangkang: Anwar Ibrahim Minta alihkan isu Lahat Datu kepada Isu Video Seks NurulIzzah dan Khalid Ibrahim


Satu mesej pesanan ringkas telah diterima oleh semua pemain media sosial pakatan pembangkang untuk mengalihkan isu Lahat Datu kepada isu Video NurulIzzah dan Khalid Ibrahim yang memang tak wujud demi untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim daripada dilihat menjadi dalang dalam isu Lahat Datu.

Pesanan ringkas ini terlalu penting buat Anwar Ibrahim dikala menjelang PRU13 kerana bukti Anwar Ibrahim terlibat semakin terdedah.

Sebagai contoh bagaimana tiba-tiba Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan pihaknya telah dipertontonkan video palsu seks beberapa hari lalu dipercayai diaturkan oleh pihak tertentu yang mendakwa diri mereka ejen Umno dan Barisan Nasional (BN).

Angin tidak ribut pun tidak tiba-tiba beliau pergi melihat video tersebut dikala menjelang PRU13.....logik ker?

Kata Saifuddin lagi, video tersebut memaparkan watak yang menyerupai Anwar manakala gambar statik pula seakan-akan anaknya, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

"Video ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan pencantuman babak-babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin ini terbabit dalam salah laku seks.


Jika diteliti daripada kenyataan Saifuddin Nasution ini bermak ada dua perkara yang perlu diselamat:

  1. Menyelamatkan Anwar Ibrahim apabila beliau didedahkan melakukan perbuatan jijik sebelum ini.
  2. Untuk memberi persepsi kepada rakyat Malaysia bahawa semua video adalah palsu
Kita kenal bahawa jika Abang Saifuddin Nasution Datuk Shahlan Nasution boleh taat setia kepada Perdana Menteri kenapa Saifuddin Nasution tidak boleh taat setia kepada Anwar Ibrahim.

Mereka berdua mempunyai citarasa yang sama untuk menunjukkan siapa yang mampu pergi lebih jauh.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.