Monday, March 25, 2013

PKR dan DAP Tipu Rakyat Kononnya Dun Selangor Bubar Minggu ini


Hampir 30 wartawan dari pelbagai organisasi media hari ini pulang tanpa 'berita tergempar' setelah tiada pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seperti yang diharapkan.

Bahkan Abdul Khalid langsung tidak hadir pada sidang akhbar di Bilik Media Tingkat 20 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini yang penuh sesak dengan wartawan yang menunggu sidang akhbar Mesyuarat Mingguan Majlis Kerajaan Negeri Selangor, biasanya diadakan pada Rabu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Elizabeth Wong berkata mesyuarat mingguan yang selalunya diadakan Rabu diadakan hari ini kerana Abdul Khalid perlu menyelesaikan beberapa perkara dengan kadar segera.

Selain Wong, dua lagi exco yang hadir pada sidang akhbar yang bermula pukul 3.30 petang ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan Dr Ahmad Yunus Hairi dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali.

Ditanya mengapa Menteri Besar tidak hadir sidang akhbar hari ini, beliau berkata, pada hari ini Abdul Khalid lebih sibuk berbanding hari biasa.

Sebelum ini, Abdul Khalid berkata Dun Selangor akan dibubar bulan ini. Tempoh lima tahun Dun Selangor tamat 22 April.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.