Wednesday, March 20, 2013

PKR Perak Berang Bila Nizar Pandai-pandai Umum Diri sendiri tanding Bukit Gantang dan Changkat Jering


Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak pada Selasa memaki hamun YDP Pas Perak kerana menyuruh Pemuda Pas mengumumkan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri Changkat Jering yang sebelum ini ditandingi PKR.

Pengerusi PKR Perak Dr Mohd Nor Manuty berkata PKR tidak pernah bersetuju PAS bertanding di kerusi Parlimen PKR hanya setuju Pas bertanding kerusi DUN sahaja itu pun dengan syarat parti itu menggantikannya dengan kawasan DUN lain yang boleh memenangkan calon parti PKR.

Bagaimanapun, katanya sehingga kini keputusan masih belum dibuat berhubung perkara itu.

"Mengapa belum diputuskan secara rasmi, mereka pandai-pandai buat pengumuman," katanya ketika dihubungi, Selasa.

Beliau menjelaskan daripada 59 kerusi DUN yang dipertandingkan di Perak, pembahagian kerusi antara pakatan pembangkang untuk ditandingi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) masih sama seperti PRU-12 pada 2008 iaitu PKR (20), PAS (21) dan DAP (18).

Semalam, Pesuruhjaya PAS negeri Abu Bakar Hussain dalam satu ceramah di Air Kuning mengumumkan Mohammad Nizar sebagai calon PRU-13 bagi DUN Changkat Jering dan pemuda Pas pula mencalonkan Nizar jamaluddin di kerusi Parlimen Bukit Gantang.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohd Osman Mohd Jailu yang mewakili PKR menang di DUN Changkat Jering, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mat Isa Ismail dengan majoriti 1,102 undi.

Bagaimanapun, pada 2009, Mohd Osman memilih menjadi calon Bebas.

Mohammad Nizar kini mewakili DUN Pasir Panjang dan Parlimen Bukit Gantang. Beliau difahamkan tidak pernah turun padang membantu pengundi dalam Dun dan Parlimennya dan jika turun pun beliau hanya buat ceramah memaki hamun sahaja.

1 comment:

  1. saalam seperjuangan mohon pautkan saya disini..saya telah pautkan blog ini di

    daengselili.blogspot.com

    terima kasih...

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.