Monday, March 25, 2013

PM Rakam Ucapan tahniah Kepada penduduk yang Belasah pengganas



Sebentar tadi YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengucapkan setinggi tahnai kepada semua pihak Polis dengan sambutan Hari Polis yang ke-206. 

YAB juga merakamkan setinggi tahniah kepada penduduk kampung di LahatDatu yang berjaya membelasah dan menangkap pengganas Kiram yang telah menceroboh negeri Sabah terutamanya di Lahat Datu. Itu membuktikan penduduk sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mempertahankan bumi Sabah...syabas

Dato Seri Mohd Najib juga telah mengumum dan mengisytiharkan pembentukan kawasan yang dipanggil Kawasan Keselamatan Khas Sabah untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini.

Beliau berkata kawasan berkenaan merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu, Semporna.

“Kawasan Keselamatan Khas ini berpusat di Lahad Datu yang akan menjadi pusat perintah yang menempatkan beberapa kabin sementara supaya ia dapat berfungsi dengan segera,” katanya pada perbarisan Hari Polis yang ke206.


Pada 1972, kerajaan pernah menubuhkan Rajang Area Security Command (RASCOM), iaitu pasukan kawalan keselamatan di kawasan Rajang di Sarawak yang berjaya menghapus ancaman komunis di negeri itu.

Kawalan RASCOM meliputi kawasan Sibu, Kanowit, Oya, Dalat, Bintagor, Sarikei, Julau, Song dan Kapit yang diisytiharkan sebagai Kawasan Keselamatan Istimewa oleh Datuk Abdul Razak Hussein selaku perdana menteri ketika itu.

Perdana menteri berkata cadangan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas itu telah dipersetujui pada mesyuarat jemaah menteri.

Langkah itu untuk memberi keyakinan kepada rakyat Sabah bahawa dalam soal kedaulatan negara, kerajaan akan melakukan apa sahaja bagi menjamin keamanan dan kedaulatan negeri ini, katanya.

Sehubungan itu, katanya, lima lagi batalion terdiri daripada pasukan polis dan tentera akan ditambah bagi menguatkan lagi aspek keselamatan yang sedia ada.

Najib berkata pecahan lima batalion itu akan ditentukan selepas rundingan antara polis dan tentera diadakan kemudian.

“Pada prinsipnya kekuatan tambahan lima batalion itu akan ditempatkan di kawasan Special Security Area. Ini untuk memberikan keyakinan kepada rakyat timur Sabah bahawa meskipun operasi ini akan berakhir tetapi keselamatan (mereka)dan kedaulatan (negeri) mereka akan terus dipertahankan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.