Friday, March 29, 2013

PRU-13: Tolak pakatan pembangkang yang tiada integriti moral - Ghani Harun


Rakyat perlu menolak pemimpin pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mereka mempunyai masalah integriti, kata Bekas Exco Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abdul Ghani Harun.

Beliau berkata, persoalan moral bukan hanya salah laku seks semata-mata, sebaliknya juga berkisar kepada persoalan integriti moral.

Jelas Abdul Ghani, beliau menjadikan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebagai contoh salah seorang pemimpin pembangkang yang mempunyai masalah integriti.

Karpal disifatkan sebagai orang pertama mendedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dengan aktiviti homoseksual iaitu pada 18 Disember 1997.

Sebaliknya, pada waktu ini, Karpal antara pemimpin pembangkang yang membela Anwar bagi isu yang sama.

Pada 1997, beliau (Karpal) telah membongkarkan persoalan moral Anwar di dalam Parlimen dengan meminta Anwar membersihkan nama kerana ada dua laporan salah laku seks Anwar dengan pemandunya, Azizan Abu Bakar dan dengan isteri salah seorang pegawai Anwar sendiri.

"Karpal juga tahu soal keputusan Mahkamah Rayuan 2004 yang mengesahkan bahawa kejadian homoseksual di Tivoli Villa itu berlaku. Ini persoalan integriti moral pemimpin yang seharusnya dinilai oleh rakyat dan sesungguhnya mereka ini tidak layak memimpin negara," katanya.

Abdul Ghani yang juga Presiden Warisan Anak Merdeka berkata demikian kepada Utusan Online di sini semalam.

Beliau turut mempertikaikan integriti Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Menurut Abdul Ghani, Guan Eng mengetahui dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang terbaharu, wujud penipuan namun perkara itu dibiarkan berlaku.

"Ini jelas memperlihatkan masalah integriti moral beliau. Maka, renungkanlah nasib yang akan menimpa negara sekiranya mereka ini diangkat menjadi pemimpin Malaysia," tegasnya.

1 comment:

  1. VEN. ASHIN INDAKA: CROOK”DIRTY SEX” OF MYANMAR BUDDHIST MONKS
    http://www.youtube.com/watch?v=Sbfptk60--E&feature=youtu.be
    Kepada rakyat Malaysia yang hormati,
    Suka-lah kita memberitahu bahawa Sami Negera Myamnar kebanyakannya ajaran sesat, banyak permikirannya yang tak betul, main perempuan, tipu wang orang ramai dan lain-lain.

    Seorang Myanmar Sami Buddha (VEN. ASHIN INDAKA) bertinggal SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, 52100 MALAYSIA (YIP KUM FOOK”MCA GOMBAK” PRESIDENT) yang sama jahat.

    Harap orang ramai, khasnya rakyat Malaysia mesti jauhkan sami Myanmar ini. kami harap juga Kerajaan Malaysia lebih mengambil perhatian Sami Buddha yang di upah dari luar Negeri, supaya rakyat Malaysia dan Nagera dapat di selamatkan. Sekian, Terima Kasih

    Respect to people of Malaysia,
    Likely, we are told that the Myanmar monks mostly false teaching, many impress notions which are not right, play girl, cheating of the public money and others.

    Myanmar Buddhist Monk (VEN. ASHIN INDAKA) stayed at SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, 52100 MALAYSIA (YIP KUM FOOK”MCA GOMBAK” PRESIDENT) as same bad.

    Hope all people; especially Malaysians must far away Myanmar's monks. We hope more Malaysia’s Government also noted that the wages of Buddhist monks from the other countries, so that the Malaysian and country can be saved. Thank you

    尊敬的马来西亚人民,
    我们想告知,缅甸僧侣多半是假的教学,观念是不正确的,玩女人,谎言,欺骗金钱………

    缅甸佛教的僧侣 (VEN. ASHIN INDAKA) 住在 SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, 52100 MALAYSIA (YIP KUM FOOK ” MCA GOMBAK” PRESIDENT) 同样糟糕。

    希望所有的马来西亚人, 都应该注意远离缅甸的僧侣。我们更希望马来西亚政府注意,外来的僧侣. 谢谢

    EVRERYONE CLICK HERE TO SEE MORE INFORMATION: http://www.youtube.com/watch?v=Sbfptk60--E&feature=youtu.be
    “VEN. ASHIN INDAKA (MYANMAR): CROOK OF MYANMAR BUDDHIST MONKS (MUST WATCH)”

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.