Thursday, March 21, 2013

Rajagobal tak kebal!



Tengku Abdullah tegas isu pemain import tidak harus dipersoalkan


Pekan: Datuk K Rajagobal pasti dihukum seperti individu lain sebelum ini jika didapati sah mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Teguran keras itu disuarakan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang beranggapan ketua jurulatih skuad Harimau Malaya itu tidak harus membuat kenyataan yang boleh mengundang padah kepada diri selepas menyoal isu kehadiran pemain import dalam Liga Malaysia.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM itu menambah andai benar kenyataan berkenaan (tiada penyerang) seperti dikatakan Rajagobal, jurulatih terbabit tidak akan terlepas berdepan hukuman sama mengikut Artikel 88.

Pengkritik akan dihukum

“Jika terbukti dia (K Rajagobal) bersalah hukuman sedia ada menanti sama seperti dikenakan kepada individu lain yang secara sengaja mengkritik FAM secara terbuka.

“Perkara ini itu tidak seharusnya keluar daripada mulut jurulatih berkenaan kerana bola sepak negara kini di era profesional yang memerlukan kelibat pemain import,” katanya, di sini, semalam.
Beliau menambah Rajagobal harus memanfaatkan sepenuhnya kemahiran pemain sedia ada memantapkan pasukan dan menambah barisan yang tewas kepada Arab Saudi tempoh hari juga hampir sama dengan skuad dibimbing jurulatih itu ketika menjuarai Piala AFF Suzuki pada 2010.

2 comments:

  1. Salam tuan...
    Mohon Pautkan Blog saya di bloglist tuan

    http://bersatuberubah.blogspot.com/

    Demi Agama, Bangsa dan Tanah Air kita Sokong NAJIB RAZAK !

    ReplyDelete
  2. 2o tahun lagi pun mutu bola sepak Malaysia duduk tahap dulu kini dan selamanya. Macam Nuar juga FAM ni? tindakan denda, gantung! Komen dan beri apa-apa pendapat pasti kena tindakan. Buang masa je! layan FAM.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.