Monday, March 25, 2013

Rancangan Membunuh Saya, Saya Maafkan Semuanya - Tun Mahathir


Sebak bila membaca kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau sanggup memaafkan sesiapa sahaja termasuk bekas ahli Pas seumur hidup yang pernah merancang membunuhnya pada 1988.

Menurutnya, beliau tidak pernah mengetahui rancangan sedemikian ketika menjadi perdana menteri.

"Saya berjalan sana sini tanpa mengetahui ada rancangan untuk membunuh saya, tapi baru sekarang saya tahu ada orang nak bunuh saya.

"Tapi saya tak rasa apa-apalah pada mereka yang merancang perkara itu. Saya sentiasa memaafkan semua orang," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas hasrat C.N Al-Afghani yang mahu berjumpa dan meminta maaf kepadanya kerana pernah merancang membunuh bekas perdana menteri itu pada 1988 kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi.


Ini menunjukkan hati Tun Mahathir lebih mulia daripada pemimpin Pas yang bersikap hipokrit dan munafik sehingga sanggup merancang untuk membunuh Tun Mahathir.

Sebelum ini bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena CN Afghani berhasrat untuk bertemu dan memohon maaf dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri itu pada tahun 1988.

Penulis buku Kafirkah Aku? itu berkata, pada masa sekarang beliau sedang menunggu masa yang sesuai untuk bertemu dengan Dr. Mahathir bagi menunaikan hajatnya itu.

Menurutnya, rancangan melakukan pembunuhan tersebut timbul kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa UMNO kafir.

"Ketika itu, saya menyandang jawatan sebagai Ketua Pemuda Pas Padang Terap, rancangan ini terbit kerana kami mahu melaksanakan Islam dengan cara yang mudah disebabkan cara pilihan raya lambat dan kami tidak boleh menunggu lagi.

"Selain Dr. Mahathir, kami juga mempunyai senarai nama menteri kabinet untuk dibunuh... dan untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) kami sudah ada kabinet bayangan, kami mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri, bagaimanapun rancangan ini gagal selepas ia dihidu oleh pihak berkuasa dan 30 rakan-rakan saya ditangkap.

"Hari ini rancangan tersebut sudah tidak ada lagi dan saya sememangnya berhajat untuk bertemu dengan Dr. Mahathir untuk memohon maaf, cuma sedang menunggu masa yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Pejabat Gerakan UMNO, Kampung Kandis di sini malam tadi.

Zainon berkata, hari ini, Pas tidak lagi memperjuangkan Islam malah telah menggadai agama suci itu selepas bertahaluf siyasi dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

11 comments:

  1. Nasib baik Allah swt masih beri extra time...klu dah bermastautin di batu dua maka tak berpeluang lah nak mohon maaf...

    ReplyDelete
  2. Inilah betapa jahatnya pemimpin Pas sanggup merancang untuk membunuh, dengar kata rancangan pembunuhan ini direstui oleh Haji Hadi

    ReplyDelete
  3. Allah ampunkan Cikgu Non bila Tun M ampunkan Cikgu Non

    ReplyDelete
  4. Alahamdulillah masih ada manusia sebaik Tun Mahathir

    ReplyDelete
  5. Yg puak haram dok tudoh Mahazalim , Firaun , kafir dn mcm2 lagi tu lah yg dgn senang dan brlapang ati memaafkan sesama insan...

    Tapi yg ngaku ulamak yg memiliki ilmu mngatasi langit (pada puak dia la) jgnkan nak ucapkan maaf, makin di doakan 'pecah perot' utk sesama insan adala.....

    Ish ish ish...makin trserlah kebenaran ......itu pon kalo masih xnampak mmg dah di hijabkan hati....wAllahualam...

    ReplyDelete
  6. Semakin banyak Pas buat Solat hajat semakin terburai segala kejahatan mereka bersama Anwar Ibrahim

    ReplyDelete
  7. menangis aku bila tun m dgn ikhlas maafkan cikgu non... semoga tun m dilanjutkan usia... amin

    ReplyDelete
  8. Jikalau ada pun Tun ada buat salah itu adalah dosa dia dgn allah swt tetapi kita sebagai umat islam tak perlulah menghina org lain sebegitu teruk.Ambil contoh Tun yg ikhlas memaafkan org yg dah kutuk dia dan saya amat sedih pd Tun kerana jasa baik Tun pd ugama islam,org melayu dan negara tidak mendapat ucapan terimaksih yg setimpal dr rakyat msia khususnya pembangkang.Kami doakan Tun sekeluarga sihat sentiasa,dipanjangkan umur dan dimurahi rezeki oleh Allah swt.

    ReplyDelete
  9. sudah lama saya nampak ada yang tidak kena dengan PAS dan anwar ibrahim selepas anwar ibrahim dipecat dari kabinet.. kenapa PAS beria2 menyokong anwar walaupun perbicaraan anwar belum pn bermula.. ada udang disebalik batu PAS.. dan hasrat PAS itu dihidu oleh DAP dan dengan serta merta DAP menghulurkan tangan dan bantuan.. dan PAS dengan segala kebodohannya yang ada menerima 'budi baik' DAP tanpa berfikir panjang lagi.. kebodohan yang bakal menjahanamkan orang islam dan tanah melayu keseluruhannya..

    ReplyDelete
  10. Kesian Tun M ;(

    ReplyDelete
  11. Love You Tun M.... panjangkan usianya Ya Allah

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.