Tuesday, March 19, 2013

Saya Malu Nak Berjumpa YB Dato Hamidah Kerana Hasutan Pas membuatkan saya sekeluarga tidak pernah mengundi BN sejak 1998


Makcik dari tahun 1998 mengundi pas dalam Dun Sungai Rapat dan parlimen Gopeng Makcik sentiasa memangkah PKR tetapi sehingga kini makcik tidak pernah mendapat apa-apa bantuan daripada samada calon pas Sungai Rapat Radhi Zainon atau Ahli Parlimen Gopeng Lee Boon Chye.

"Pas menghasut saya sehingga tidak ada pasal pun membuatkan saya membenci seluruh kepimpinan Melayu UMNO/Barisan Nasional. Mereka juga menegah saya untuk pergi ke dewan sekiranya YB Dato Hamidah Osman datang bagi memberi bantuan samada memberi bantuan kotak makanan atau bantuan lain.

Saya ingatkan Pas akan membantu saya tetapi sehingga kini satu sen haram pun Pas tidak pernah membantu saya. Saya berasa malu untuk pergi berjumpa dengan YB Dato Hamidah kerana saya tidak pernah mengundi beliau disebabkan hasutan Pas, kata Puan Maimunah daripada kampung Ara Payung.

"Sebenarnya Paslah yang paling tidak guna sanggup memecahbelahkan perpaduan orang Melayu demi untuk mendapat sokongan daripada undi kami, kata Puan Maimunah Mohd Nor yang menetap di setinggan Ara Payung sejak tahun 1980an hanya kini telah geran beralamat PT 22341 RPT.

"Saya sungguh malu pada YB Dato Hamidah kerana saya tidak pernah mengundi beliau bagaimana saya mahu mengadap beliau untuk memohon bantuan, kata puan Maimunah lagi.

Saya hanya mengharapkan pemimpin pas datang untuk memberi bantuan kepada saya setelah undi saya berikan kepada mereka namun satu bayang pemimpin Pas pun tidak pernah muncul yang muncul hanyalah dua orang penulis yang mahu mengambil butiran saya katanya untuk menghentam YB Dato Hamidah Adun Sungai Rapat itu sahaja.

Saya menasihati kepada semua orang Melayu agar berhati-hati dengan hasutan Pas yang lebih jahat daripada pemimpin yang mereka labelkan zalim kerana akhir-akhir pemimpin Umno/BN juga yang datang beri bantuan, keluh Puan Maimunah lagi.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.