Dalam rakyat Malaysia sedang bersedih mendengar kematian pasukan keselamatan Anwar Ibrahim dan Tian Chua seolah-olah gembira kerana mungkin apa yang dihajatinya tercaapai.
Beberapa pemimpin dan pemerhati politik hari ini menyelar Naib Presiden PKR, Tian Chua yang dilapor mengaitkan insiden tembakan di Lahad Datu, Sabah hari ini dengan konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakutkan rakyat.
Mereka berkata, kenyataan Tian Chua itu tidak bertanggungjawab dan keterlaluan memandangkan tindakan pihak berkuasa terhadap kumpulan bersenjatadari selatan Filipina itu bersabit soal keselamatan dan keamanan negara.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, kenyataan Tian Chua itu adalah skrip standard dari DAP yang langsung tidak peka dan tidak
sensitif kepada isu keselamatan negara.
"Dengan membuat kenyataan seumpama ini, dia boleh dianggap sebagai manusia yang mempunyai martabat paling rendah. Ini adalah satu kenyataan melulu yang tidak kita harapkan daripada seorang manusia yang sopan.
"Apa yang boleh kita harapkan daripada dia apabila kita betul-betul berada dalam peperangan jika dia boleh mengeluarkan kenyataan seumpama itu terhadap insiden pencerobohan di Lahad Datu," katanya
Antara lain, laporan yang tersiar di laman berita rasmi PKR itu memetik Tian Chua sebagai berkata pencerobohan di Lahad Datu itu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.
"Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing," kata Tian Chua yang pernah membunuh seorang tentera dalam kemalangan yang disengajakannya.
Justeru, Tunku Abdul Aziz mahu rakyat menilai peribadi Tian Chua dan berfikir sebelum memilih pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.
Dua anggota komando Polis Diraja Malaysia terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu membabitkan kumpulan
penceroboh bersenjata dari selatan Filipina.
Kejadian itu turut menyaksikan 12 penceroboh bersenjata yang merupakan sebahagian daripada 180 pengikut 'Sultan Sulu' yang dikepung pasukan keselamatan
Malaysia, terkorban.
Category:
politik Sabah
POST COMMENT
2 comments:
Ini cina lancautianchua sial....kafir laknat...darah dia halal...
Inilah sistem fahaman politik sempit Malaysia...
Bila ada masalah besar negara sengaja kaitkan dengan politik untuk selesaikan masalah.
Sepatutnya selesaikan secara profesional, bukannya emosi politik yang bebal itu.
Post a Comment