Thursday, March 21, 2013

Seorang lagi anggota kumpulan pengganas Kiram ditembak mati


Pasukan keselamatan menembak mati seorang pengganas Kiram dan menahan seorang wanita berusia lewat 40-an dalam satu pertempuran di Kampung Tanjung Batu, di sini semalam.


Perkara itu disahkan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Felda Sahabat 16, di sini hari ini.

Sementara itu seorang anggota pasukan keselamatan cedera pergelangan tangan kiri dalam satu pertempuran di Kampung Tanjung Batu, di sini semalam dilaporkan stabil selepas pembedahan.

2 comments:

  1. hapuskan semua mereka yang mencemar kedaulatan MALAYSIA.

    ReplyDelete
  2. Robohkan semua perkampungan air
    Adakan operasi besar besaran bersihkan Sabah dari pendatang anak haram
    Gagal melakukan semua ini maka kejadian yg sama berkemungkinan akan berlaku lagi
    Hargailah nyawa dan keselamatan rakyat kita

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.