Sunday, March 10, 2013

Serangan Udara Kemungkinan Akan digunakan lagi, pengganas begitu licik dan mahir laluan


Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, berdasarkan situasi semasa pihaknya yakin kumpulan itu tiada pilihan selain cuba memasuki kawasan Kampung Tanduo.


Pengganas tidak mungkin akan dapat melepasi kepungan, cuma mereka akan keluar dari Kampung Tanjung Batu dan kembali ke Kampung Tanduo.

Pada masa ini keutamaan adalah bagi menggeledah dan membersihkan Kampung Tanduo dan apabila selesai kita akan menggempur Kampung Tanjung Batu.

Keutamaan pada masa ini adalah menggeledah dan membersih kawasan Kampung Tanduo yang dipercayai masih terdapat saki-baki kumpulan pengganas yang bersembunyi dalam kawasan hutan.

Beliau berkata, kawasan kepungan di kedua-dua kampung berkenaan juga telah dikecilkan, masing-masing kepada kurang daripada empat kilometer persegi.

Mereka ini amat licik dan mahir laluan antara Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu yang mempunyai banyak kawasan paya.

Ditanya sama ada akan menggunakan serangan udara, beliau tidak menolak kemungkinan itu sekiranya perlu.

2 comments:

  1. Kasi Hantam saja Tan Sri Panglima pakai itu napalm bom kasi hangus terbakar semua

    ReplyDelete
  2. salam. laman AIDC kena hack jam 9 malam, 10 Mac. Kerja-kerja pemulihan akan mengambil masa sehari dua sebelum dapat beroperasi seperti biasa.

    http://mindaaidc.wordpress.com/2013/03/10/aidc-kena-hack-sebab-dedah-bukti-pertemuan-anwar-misuari/

    Editor AIDC

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.