Friday, March 8, 2013

Setelah 3 Minggu Hilang Akhirnya Bapa Saiful Muncul Mempertahankan Anwar




Keluarga Saiful Bukhari memberitahu bahawa bapanya hilang sejak 3 minggu yang lalu selepas mengalami masalah kewangan dan masalah keluarga.

Bapa Saiful juga dikatakan pernah mengugut beberapa pemimpin Umno untuk mendapatkan wang perbelanjaan dan apabila tidak dihiraukan Azlan Mohd Lazim hilang dan tiba-tiba muncul dipentas parti keadilan Rakyat bersama Ahli Parlimen Sungai Perani Johari Abdul yang merupakan penyokong tegar Anwar Ibrahim.

Dan tidak hairanlah apabila portal Keadilan Daily hari ini melaporkan Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim seperti berikut:

“Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.

“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya,” kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini.

Rakyat pasti peristiwa peguamcara II Mohd Yusuf yang juga dibayar oleh Anwar Ibrahim kembali lagi demi untuk memertabatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Dalam keadaan bapa Saiful Azlan Mohd Lazim mengalami masalah Johari Bendul berjaya menangkapnya dan diberikan 'sesuatu' dengan hanya mengaku bahawa Liwat adalah konspirasi sahaja....selesai masalah.

Semalam Ng Lum Yong juga mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim mengarahkan SUARAM membayar kepada pemberontak Sulu supaya membuat kekecohan demi untuk menggugatkan ketenteraman awam.

Rakyat perlu tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan rakyat meminta jika benar itu adalah konspirasi Azlan Mohd Lazim dicabar bersumpah sambil menjunjung Al-Quran sepertimana yang anaknya Saiful Azlan lakukan.

Demi duit apa pun boleh jadi sanggup gadaikan maruah keluarga sendiri.

Saiful Bukhari ketika dihubungi mengatakan bahawa bapanya Azlan Mohd lazim telah dipergunakan oleh kuncu-kuncu Anwar Ibrahim yang sentiasa berkeliaran. Azlan mengaku bahawa bapanya sebelum ini bergaduh dengan keluarga sehingga keluar dari mulut Azlan, aku akan musnahkan "UMNO dan kau sekali" dan beliau terus keluar.

Saiful Bukhari akan memberi tindakbalas dalam masa terdekat.

10 comments:

  1. 1. Dia dari awal-awal lagi adalah penyokong PKR. Kalau tidak masakan anaknya Saiful dibenar bekerja dengan Anwar.
    2. Yang kena liwat Saiful bukannya dia. Jadi yang terpaksa menahan sakit Saiful bukannya Azlan.
    3. Kita cabar dia membuat sumpah laknat seperti Saiful.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku sokong...ada berani ka

      Delete
  2. buatlah macam mana pun, kalau dah tercatit dalam luh mahfudz
    anuar tak jadi PM tidak jadi juga.
    kalau anuar ditakdirkan jadi PM dah tentu
    allah permudahkan semasa dia menjadi
    TPM tapi kenapa tak jadi. Sampai huru hara malaysia dibuatnya
    Sesungguhnya allah ingin menduga umatnya siapa yang beriman
    allah dan rasul atau menjadi pengikut anuar yang akan menyesatkan
    jalan kembali kepada allah. Buatlah macam-macam plot cerita dunia
    tak akan berhasil juga. allah maha mengetahui dan kebenaran
    akan tegak juga.

    ReplyDelete
  3. Cukup-cukup lah Anwar nak tutup cerita Lahad Datu ni. Dah tak boleh nyanyi karaoke dekat ceramah sekarang tup2 bapa saiful lak buat pengakuan. Rakyat malaysia tak terpedayalah Bro Azlan. Sakit hati kerana pembangkang mempermainkan keselamatan dan maruah rakyat dan negara satu isu yang amat-amat besar tak mungkin terubat la.

    Ini trik lama la bro, dari Raja petra ke Bala etc dan sekarang ini pulak. Berapa banyak Anwar bayar ni, almaklumlah bapa Saiful ni banyak hutang dan nak hidup tak berapa hari lagi. So Anwar letak RM5 juta depan mata, apa lagi terkedip-kedip la mata orang tua tu. Tak ada angin dan ribut nak dekat2 pilihanraya ni tiba-tiba lak bersemangat nak jadi penyelamat anwar ek.

    Tak gentle la bro, bagi la gempak sikit bawa saiful sendiri dan biar dia yang nyatakan depan "open PC". Ataupun lu cari modal lain lah nak bagi gempak. Bab ni nampak sangat la bapa Saiful ni kemaruk. Kalau tak pun suruh je bapak si saiful ni angkat sumpah masa open PC. Amacam ada brani... hehehehehe. Dengar Khabar Anwar la ni menerima rawatan kerana terberak-berak kena jangkitan kuman "Lahad Datucephilis"...Sesiapa ada maklumat tolong update ek...

    ReplyDelete
  4. Memang bapak dia ni kelabu duit.

    ReplyDelete
  5. bapa saiful kata, "saya percaya kes ..." konteks ini ayatnya lemah kerana dia hanya percaya atau syak. jika benar bapa saiful berada dipihak yang benar sepatutnya dia berkata "saya yakin dan mempunyai bukti yang jelas ...." barulah perkataannya mempunyai kredibiliti dan buleh dipercayai ... susun tur ayat bapa saiful ditulis oleh peguam yang pandai memutar ayat ... tunggulah balasan di akhirat nanti kerana bersubahat dengan orang yang menganiyai anaknya sendiri ...

    ReplyDelete
  6. Macam-macam.. smpi maruah keluarga esp anak sanggup digadainya.. dunia akhir zaman...

    ReplyDelete
  7. Sian umno dun sg rapat xdpt terima hakikat lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hakikat ape kejadahnya cai? Yg kena liwat saiful ke bapak dia? Yg buat sumpah laknat saiful ke bapak dia? Apsal baru skrg nak ngaku? Apsal x dr dulu? Kalaulah ko ada otak cai.......

      Delete
  8. betul ke bapak dia tinggalkan keluarga dia selama 3minggu sebelum tiba2 timbul balik?

    betul ke bapak dia tinggal keluarga dia sewaktu saiful bukhari baru dilahirkan? dan hanya muncul semula sewaktu kes liwat dilaporkan?

    bapak apa tu?

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.