Sunday, March 24, 2013

Shaidi Husin Terpaksa menceraikan isterinya dengan talak 3 kerana keluar Pas


Bekas Timbalan Ketua Keselamatan Pas Kelantan, Shaidi Husin (gambar) mendedahkan dia terpaksa bercerai dengan isteri yang dikahwininya selama 22 tahun akibat melanggar bai'ah yang dibuat kepada parti itu.

Shaidi, 45, memberitahu, talak ke atas isterinya terjatuh apabila dia berpaling tadah meninggalkan Pas untuk menyertai UMNO kira-kira tiga tahun lalu.

"Semasa hendak masuk Pas dahulu semua ahli kena bai'ah agar tidak jadi pembelot kepada parti seperti lompat parti, memecah rahsia parti dan sebagainya.

"Antara kandungan bai'ah itu ialah kalau belot pada perjuangan parti, maka saya dan isteri terjatuh talak dengan talak satu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, dia dan isteri terpaksa bercerai apabila bertindak keluar daripada Pas.



"Selama ini Pas hanya berbohong kepada rakyat kononnya Pas tidak pernah mengamalkan Baiah Talak 3 tetapi semua itu semuanya benar dan dah terjadi pun pada saya",kaya Shaidi

3 comments:

  1. Sepatutnya majlis fatwa negara mesti ambil berat tentang talak bersyarat ini, sama ada sah atau tidak.

    ReplyDelete
  2. Secara Hukum Akal, bai'ah ni tak laku dan tak terpakai. Sebab utama PAS bukan agama Islam. Kalau keluar dari Islam (murtad) baru terpisah hubungan ini. Tapi setakat keluar parti PAS yang memang menggunakan Islam untuk faedah politik dan perjuangan yang merapu meraban, janganla nak menyusahkan diri. Dan bai'ah ini adakah sah mengikut syarat (kalau ada)? Apa pandangan yang lain?

    ReplyDelete
  3. Pejabat Kadhi pergi luluskan perceraian diaorg ni buat apa?bagilah kaunseling dulu seperti mana yg selalu dipraktikkan utk pasangan yg nk bercerai...setakat lompat parti jatuh talak buat malu je...

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.