Thursday, March 21, 2013

Soi Lek Ugut letak jawatan Jika Tee Kiat Bertanding?


Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini enggan menafi atau mengesahkan dakwaan yang beliau akan meletak jawatan jika Datuk Seri Ong Tee Keat dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Dr Chua berkata tindakan berkenaan bagi menghormati segala maklumat perbincangan antara beliau dan Perdana Menteri kerana ia sepatutnya tidak dikongsi dengan pihak lain.

"Saya tidak kata itu tidak benar, saya juga tidak kata ia benar, kerana maklumat komunikasi antara perdana menteri dan saya perlu dihormati.

"Semua perbincangan dengan perdana menteri perlu dianggap sebagai maklumat antara beliau dan saya, dan tidak harus diperkongsi dengan orang ramai," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan kerja ke Sekoleh Jenis Kebangsaan (Cina) Phui Ying di Simpang Pulai di sini hari ini.

Hari ini, sebuah portal berita melaporkan sebuah akhbar berbahasa Cina mendakwa Dr Chua memberitahu mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu semalam bahawa beliau akan meletak jawatan jika BN mengumumkan Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai calon parlimen Pandan.

Adakah ini antara usaha MCA yang penuh liabiliti untuk menjatuhkan Barisan Nasional. sepatutnya sebagai pemimpin MCA di bawah Barisan nasional perlu akur dengan keputusan kepimpinan tertinggi parti bukannya penuh dendam kesumat.

Ini memberi gambaran bahawa MCA atau Presidennya sudah menjadi tidak relevan masa kini.

2 comments:

  1. Memang tak boleh diharap dpd dulu lagi. Dah jadi liabiliti pd BN.

    ReplyDelete
  2. Memang CSL dari dulu lagi tidak relevan untuk BN. The Star kepunyaan MCA yang di ketuai oleh anak CSL menjadi gunting dalam selimut secara terang terang menyokong DAP dan CSL diteguri berkenaan hal ini tetapi dia tidak ambil sebarang tindakan. Dia mahu cina berkuasa sepenuhnya di Malaysia. CSL tidak relevan lagi.

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.