Tuesday, March 26, 2013

SPR akan siasat dakwaan, Rafizi Merupakan Pengundi Hantu



SPR akan membuat siasatan terperinci terhadap nama Rafizi Ramli yang dilihat mempunyai Lima tempat mengundi. Menurut pengerusi SPR, siasatan akan dijalankan secara adil bagi memuaskan hati semua pihak.

Sebelum itu kurang dari 24 jam dari tempoh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) RAfizi Ramli menuduh Wan Muhamad Azri Wan Deris sebagai pengundi hantu, kemudian Blog Mymassa berjaya membuat satu lagi pendedahan mengenai isu yang sama, kali ini terhadap Rafizi sendiri.


alt

alt

alt

alt


Pendedahan tersebut dibuat oleh blog mymassa dengan mengeluarkan lima daftar undi atas nama Rafizi Bin Ramli pada empat negeri yang berbeza.

Semalam Pengarah Strategi PKR dalam sebuah sidang media mendakwa Wan Muhamad Azri sebagai pengundi hantu dengan menggunakan dua kad pengenalan bebeza mempunyai dua taraf undi iaitu sebagai pengundi biasa dan pengundi pos.

Cara sama turut digunakan oleh mymassa menghasilkan lima daftar undi atas nama Rafizi bin Ramli dengan dua nama daftar di Terengganu (Marang, dan Kemaman) dan masing-masing satu di Kedah (Baling), Sarawak (Petra Jaya) dan Johor (Simpang Renggam).

Pendedahan ini menimbulkan tanda tanya bagi mendapatkan kebenaran sama ada kesemua individu bernama Rafizi tersebut merupakan individu yang sama atau berbeza.

SPR sehingga kini mengesahkan Rafizi Ramli adalah pengundi hantu dan akan disiasat dengan terperinci.

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.