Sunday, March 31, 2013

Kisah Benar: Tamrin Ghaffar Dapat Bertahan 15 minit sebelum Lari Balik


Kedatangan Tamrin Ghaffar ke Taman Lembah Permai malam tadi memang dinanti-nanti oleh penyokong Pas dari luar kononnya Tamrin ada seseuatu yang akan didedahkan kepada penganut Pas dan penganut Pakatan Haram.
Pakatan Haram mampu melihat video fitnah sahaja
Walaupun tidak ramai penganut pakatan haram yang menanti kedatangan Bapak penjahanam Majlis Amanah Rakyat(MARA) terbesar di Malaysia namun Tamrin dengan rambut putih ala-ala Elbino gagah lengkah naik ke pentas pakatan Haram yang dibuat di Taman Lembah Permai.

Ceramah Tamrin pada awalnya bermula jam 10 malam tergendala akibat membiarkan Azli Musa Taliban Pakatan Haram menggunakan pentas untuk  membuat provokasi terhadap penduduk di Taman Lembah Permai.

Lebih kurang jam 10:45 baru Tamrin Tok Uban memulakan ceramahnya. Sebaik sahaja Tamrin memulakan ceramahnya dia terus membuat provokasi terhadap penduduk Taman Lembah Permai kononnya diupah oleh UMNO.

Apabila penduduk naik angin lalu mereka berhentikan ceramah dan meminta semua yang hadir lebih 200 orang anak muda mengejek-ejek Tamrin dengan kata-kata Tok Uban, Penjahanam MARA, Siapa yang bangkrapkan MARA......jawab hadirin Tamrin Tok Uban.....Siapa yang tibai duit MARA.....jawab hadirin Tamrin Tok Uban.

Yang bagus dengan Tamrin Tok Uban ini dia mengaku bahawa dia  memang kebas duit MARA, Bangkrap MARA dan mengaku telah membuat sesuatu di Medan dan Danok. Senang sungguh kerja kami kata pemuda-pemuda yang berhimpun kerana Tamrin sudah mengaku melakukan semuanya.

Tetapi malangnya selepas dia mengaku dia terus menghentikan ceramah kerana tidak tahan diejek oleh pemuda-pemuda yang hadir di ceramah Penduduk Taman Lembah Permai.

Untuk pengetahuan Pakatan Haram yang menggunakan lambang Pas sepatutnya membuat ceramah di Taman Tasik Permai tetapi apabila penduduk di Taman berkenaan telah membuat aduan kepada pihak polis maka pihak polis kononnya dikatakan meluluskan permit ekpress kepada pakatan haram di Taman Lembah Permai tanpa persetujuan penduduk setempat.

Untuk pengetahuan juga ini merupakan kali kelima pihak polis membiarkan pakatan haram membuat ceramah di Taman Lembah Permai tanpa persetujuan dari pemimpin masyarakat dan penduduk setempat.


Pakatan Haram bukan sahaja membuat pekikkan gila babi sehingga mengejutkan bayi yang baru lahir mereka menggunakan dua speaker 'Air Horn' dengan dihalakan kepada rumah-rumah penduduk dan ini membangkitkan kemarahan penduduk agak sudah sekian lama.

Taman Lembah Permai adalah sebuah Taman yang majoriti penduduknya bekerja kilang, makan gaji dengan swasta dan selebihnya bekerja sebagai pengawal Keselamatan.

Oleh itu jika waktu malam kelihatan hanya pemuda sahaja yang berkeliaran di Taman ini sedangkan penghuni lain samada sedang bekerja malam atau perlu tidur yang panjang untuk memulakan kerja pada pagi esok.

Pada malam tadi tindakan penduduk Taman Lembah Permai adalah dilandasan yang benar kerana hak mereka untuk menghadapi malam tanpa gangguan telah dinafikan oleh Pakatan Haram. Walaupun Pakatan Haram melaung-laungkan negara demokrasi tetapi tidak semestinya mereka boleh buat apa sahaja sehinggan menafikan hak penduduk.

Pakatan Haram mengatakan mereka memperolehi permit tetapi apabila diminta oleh pihak penduduk mereka tidak boleh menunjuknya ini menunjukkan mereka adalah parti yang sentiasa hendak menipu rakyat dengan kononnya permit yang diperolehi mereka boleh buat apa sahaja yang mereka suka.

Kesabaran penduduk malam tadi terus tidak dapat dihalang, penduduk bukan mahu bergaduh kerana penganut pakatan haram kebanyakan tua-tua bangka datang dari luar...ada yang datang dari Pengkalan Pegoh, Manjoi, Parit dan hanya beberapa sahaja bekas pesara kerajaan yang tidak sedarkan diri kini bersama mereka. Lagi pula mereka juga orang Islam tetapi mereka dalam tua-tua bangka cuba mencetuskan pergaduhan dengan memaki hamun Penduduk Taman Lembah Permai.

Oleh yang demikian pihak Polis Batu Gajah diharap dapat bersikap lebih adil kepada penduduk Taman Lembah Permai dengan menafikan hak mereka untuk mendapat kenteraman. Kerana penganut pakatan haram di Taman tersebut hanya seorang sahaja itu pun masih ahli UMNO. Sedangkan hampir kesemua penduduk rat-rata tidak terlibat langsung dengan politik.

2 comments:

  1. Pakatan Haram ni memang syok sendiri. Biarlah bagi mereka rasa perintah cukup 5 tahun. Sampai masanya, rasa lah langit itu tinggi atau rendah.

    ReplyDelete
  2. Pada PRU12 yang lalu mereka menganyang cukup-cukupnya calon Barisan Nasional hampir setiap hari membuat fitnah terhadap calon dan penduduk percaya majoriti pun berkurangan, tetapi pada kali ini mereka tahu langit tinggi ke rendah

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.