3

Tentera Sultan Sulu Tipu, Kibar Bendera Putih sebelum tembak anggota Keselamatan

By Sungai Rapat on Saturday, March 2, 2013 with 2 comments



Difahamkan kumpulan penceroboh bersenjata telah menggunakan taktik mengibarkan bendera putih (sebagai tanda menyerah diri) untuk memerangkap anggota polis komando VAT 69 dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, semalam.

Perkara itu disahkan oleh salah seorang anggota VAT 69 yang terbabit dalam pertempuran di kubu kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari selatan Filipina.

Dalam kejadian tersebut, dua anggota komando polis Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46, terkorban setelah terkena tembakan daripada kumpulan penceroboh itu di kampung tersebut yang terletak kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu.

Dalam insiden itu, tiga lagi anggota keselamatan negara cedera dan 12 anggota kumpulan itu maut.

Dua anggota polis yang terbunuh itu telah melihat bendera putih dikibarkan sebelum rakan kumpulan penceroboh itu memerhati gerakan anggota polis itu sebelum melepaskan tembakan.

Pasukan Keselamatan seharusnya tidak perlu melayan lagi kerenah tentera penceroboh dan mengambil tindakan menyerang habis-habisan.

Category: politik

POST COMMENT

2 comments:

Anonymous said...
March 2, 2013 at 10:06 PM

Tipu menipu ni belajaq dari Nuar juburi la. Kalau tidak pun hadi awang atau di ipoh ni bekas cikgu yang kena kencing manis tu. sapa namanya er haa al hussein cikgu ali.

Anonymous said...
March 3, 2013 at 1:44 AM

dalam menghadapi penceroboh itu , pasukan polis sepatutnya dah tahu taktik apa mereka akan gunakan , macamana pihak komando boleh ditipu hidup2 ? kalau unit biasa kena tipu tak apa jugak ...ini komando !

penceroboh telah tempatkan sniper mereka ! samada diatas pokok sawit atau dalam semak atau dimana2 , mereka ada senjata dan ada peluru yang banyak , kenapa masih memandang rendah pada kemampuan penceroboh ?

Post a Comment

Anda harus bertanggungjawab dengan komen anda, adalah lebih baik kita komen secara positif, membina dan manfaat kerana komen kita akan dibaca oleh ribuan rakyat Malaysia.