Wednesday, March 13, 2013

Terkini Dari Lahat Datu: 12 kereta perisai berantai tiba esok bagi membantu Ops Daulat




Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata sekurang-kurangnya 12 kereta perisai berantai (MBT) PT-91M akan tiba dalam tempoh beberapa hari bagi meningkatkan kekuatan pasukan keselamatan dalam Ops Daulat.

Kereta kebal ini mempunyai kuasa tembak daripada meriam Smoothbore 2A46MS berkaliber 125 milimeter buatan Slovakia dengan peningkatan ketepatan tembakan sehingga 23 peratus berbanding meriam asal. Ia mampu memusnahkan semua jenis kereta kebal yang ada di dunia pada hari ini sehingga jarak lima kilometer.

Kegagahan PT-91M bukan hanya terletak pada meriam utamanya tetapi turut disokong dengan sistem navigasi SIGMA 30 dan blok armor reaktif ERAWA-2 pada bahagian hadapan, bumbung dan sisi hadapan. Ia bertujuan mengurangkan impak hentaman daripada sistem peluru berpandu anti-armor dan juga perobek armor.

Katanya, disamping kereta kebal pendekar ini,beberapa unit helikopter dari Unit Udara Tentera Darat juga akan tiba esok. 


"Langkah menambah aset ini adalah untuk memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa kita mampu menewaskan musuh," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

6 comments:

  1. Ajak sekali ASET2 KETENTERAAN yg buat pameran LIMA kat langkawi tu MAI LAHAD DATU....kasi gegar sama itu puak2 SOS TIRAM & NUL MISS NUARI....

    ReplyDelete
  2. Terberaklah orang kuat Anwar lari

    ReplyDelete
  3. Saya rasa berita2 begini tak perlu disebarkan sebab ini melibatkan pergerakan tentera
    Cuba lihat kat twitter anak penganas kiram dah buak akaun bawah nama Princess Jakel kalau ada minat sila la.

    ReplyDelete
  4. Pembetulan twitter dia bawah nama jacelkiram

    ReplyDelete
  5. rasanya kalau pakai kereta ni, tak perlu tembak pon takpe, langgor je pengganas tu mcm steamroll habih citer

    ReplyDelete
  6. kereta perisai bukan MBT,mungkin adnan

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.