Wednesday, March 6, 2013

Terkini dari Lahat Datu: Serangan Hari Pertama Beroleh Kejayaan




Setelah gagal berunding dengan baik akibat daripada tentera penceroboh yang begitu angkuh kerana mendapat sokongan pakatan rakyat makan satu sernagn besar-besaran telah dilakukan oleh kedua-dua pasukan keselamatan.

Serangan itu mengakibatkan lebih 20 penceroboh terbunuh dan setakat ini mayat mereka ditemui dalam satu lubang dan dipercayai tiga belas mayat pengganas bersenjata di Kampung Tanduo dalam operasi susulan dan penggeledahan hari ini selepas gerakan ofensif dilancar pasukan keselamatan negara terhadap kubu kumpulan penceroboh di kampung itu.

Satu daripada mayat itu adalah pengganas yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan pasukan keselamatan pada pukul 6.45 pagi ini

Bercakap pada sidang akhbar bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada pukul 4 petang ini, Ahmad Zahid berkata sembilan daripada mayat itu ditemui dalam sebuah liang kubur yang ditutup dengan kepingan papan.

Beberapa keping gambar Op Daulat yang dirakam pasukan keselamatan diedar kepada media, antaranya mayat pengganas yang di dalam sebuah kubur.

Turut diedar ialah gambar anggota forensik diserang penceroboh ketika memeriksa sebuah kubur di kampung itu dan senjata yang dirampas pasukan keselamatan.

1 comment:

  1. tidak setuju dengan pendapat parti2 politik yg kotor. dikala perwira2 dan rakyat berhadapan dengan musuh negra..kalian tidak habis2 menuding antara satu sama lain. sepatutnya ahli2 politik perlu mengunakan saluran politik dalam mempertahankan negara. skop yg luas perlu dilihat. kumpulan kecil ini diperalat oleh pihak luar..tidak mustahil. jika sabah di tawan oleh penganas2 ini..tidak mustahil kerajaan filipina akan campur tangan dan kesempatan yg baik oleh filipina untuk menuntut semula sabah. jika benar...sudah tentu kekayaan sabah akan dibolot dan dipertahankan oleh filipina..dan kumpulan2 kecil ini tidak mustahil akan dihapuskan. yang ruginya kita sesama islam berperang dan berbunuhan..

    ReplyDelete

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.