Wednesday, March 13, 2013

Terkini Di Lahat Datu: 2 lagi mayat pengganas berjaya dibawa keluar


Dua lagi mayat pengganas Sulu yang mati ditembak di Sungai Nyamuk, dekat sini berjaya dibawa keluar oleh pihak keselamatan negara hari ini.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, mayat tersebut merupakan hasil operasi menjejak musuh yang dijalankan di kampung berkenaan.

Menurutnya, bagi menambah kekuatan negara, pihaknya akan membawa beberapa aset lain termasuk 12 helikopter dan perisai berantai ke kawasan tersebut.


Sementara itu tentera Filipina berjaya memintas seramai 32 lelaki bersenjata disyaki pengikut Sultan Jamalul Kiram III berhampiran Taganak di perbandaran Pulau Penyu pada Rabu dipercayai bergerak ke Lahat Datu.

Bagaimanapun, butir-butir pintasan adalah tidak jelas tentang ke mana arah tuju 32 lelaki berkenaan atau sama ada mereka bersenjata atau tidak.

Komander Leftenan Jeneral Rey Ardo mengesahkan bahawa memang ada berlaku pintasan

0 comments:

Post a Comment

Sekiranya anda ingin menghantar artikel untuk di siarkan sila emelkan di pssr_43@yahoo.com. Insyaallah artikel anda akan disiarkan tanpa mengubah sebarang perkataan dan ayat.